PENUNJUK PERASAAN CUBA SERBU KEDUTAAN ISRAEL DI JORDAN

Amman Al-Rabia: Pihak keselamatan Jordan menghalang para penunjuk perasaan dari menyerbu masuk kedutaan Israel khamis semalam.

Berlaku demonstrasi besar-besaran di kawasan sekitar bangunan kedutaan. Beratus-ratus aktivis, ahli politik dan Jawatankuasa Rakyat bangun bersama-sama untuk mengusir duta Israel di Jordan dan memutuskan perjanjian damai antara jordan dan Israel.

Hampir 150 orang dari seluruh gerakan Islam bergabung melakukan demonstrasi di depan kedutaan Israel selepas solat di masjid Morocco Kaloti.

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan berbentuk kutukan kepada Israel dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes. Mereka juga mengarahkan supaya kedutaan Israel ditutup dan duta Israel dihalau dari Jordan serta merta.

Pihak keselamatan Jordan meletakkan besi penghadang menghalang kemaraan para penunjuk perasaan dari sampai ke bangunan kedutaan. Berlaku pertempuran antara para penunjuk perasaan dan pihak keselamatan.

Pihak keselamatan dan tentera Jordan berkumpul di kedutaan Israel menutup jalan-jalan bertujuan menghalang kemaraan para penunjuk perasaan di kejiranan Rabia. Walaupun mereka bebas dari diplomasi, Israel memanggil Daniel Neveu, dutanya di Amman pada malam demonstrasi untuk kembali pulang ke Tel Aviv demi keselamatan dirinya.
Sumber: http://map2care.blogspot.com
Sumber diolah: Al-Basheer

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963