ARMA DIHATI : PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI....!!!

Asrama Rumah Melayu Abbasiyah atau lebih dikenali dengan ARMA suatu masa dahulu pernah melakarkan tragis hitam dalam sejarah agung PMRAM apabila PMRAM diusir keluar dari ARMA tanpa sebab yang munasabah pada tahun 1992.

Isu ARMA menjadi bukti kesungguhan PMRAM dalam menjaga kebajikan mahasiswa/wi melayu di Mesir.Kesan daripada itu PMRAM tidak lagi mempunyai tempat operasi yang tetap malahan dinafikan hak dengan penyelewengan fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu berkaitan ARMA ini seringkali dilaungkan namun sensitiviti ahli terhadap isu ini masih suram.Suasana kebangkitan ahli ketika mana PMRAM dihalau keluar dari ARMA masih belum dapat dirasai kini.isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja dikalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM.Dimana hilangnya aura semangat abang-abang dan kakak-kakak kita yang dahulu yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam apa jua keadaan sekalipun.Isu berkaitan hak ini bagaikan angin yang bertiup di tepi telinga tanpa ada sebarang tindakan untuk mempertahankannya.Hasilnya ahli PMRAM kian alpa mengenai hak mereka yang telah diperolehi hasil jasa generasi yang terdahulu yang sanggup mengadaikan nyawa mereka dalam peperangan 3 serangkai pada 1965.

Usahlah berbangga mengatakan kita adalah ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA ini tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan dan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dan bersatu dalam mempertahankan kebenaran.

Tidakkah pernah terbayang difikiran kita sekiranya pada suatu hari nanti kita dapat memiliki semula ARMA dan PMRAM mudah menjalankan sebarang aktiviti dengan kemudahan yang sedia ada.Dengan itu,kerja-kerja dakwah dapat disampaikan dengan berkesan.

Justeru itu,pada tahun ini Unit Panitia ARMA PMRAM dibawah Unit Perancang dan Panitia PMRAM . Ingin meneruskan kesinambungan dalam menggerakkan unit ini yang ditubuhkan sejak tahun 1932. Walaupun pada awal penubuhannya bertujuan untuk mengumpul dana untuk dapatkan sebuah bangunan sebagai penempatan pelajar-pelajar melayu, kini ia berfungsi sebagai medium untuk memperjuangkan hak PMRAM iaitu anjung ARMA sebagai pejabat PMRAM dam menjaga kebajikan ahli yang menetap di situ.

Dengan membawa tema yang sama iaitu ‘ARMA: HAK KITA, JASA MEREKA’ supaya ahli mengenang kembali jasa mereka yang bersusah payah membina bangunan ARMA bermula sejak sebelum mendapatkan tanah sehinggalah terbina bangunan yang tersergam indah. Namun pada hari ini itulah hak kita yang sama-sama kita perjuangkan.

Kita selaku ahli PMRAM janganlah sekadar berbangga dengan lakaran sejarah pengorbanan orang terdahulu sahaja malahan ada dikalangan ahli yang langsung tidak cakna akan sejarah ARMA. Pepatah ada mengingatkan ‘jika kita melupakan sejarah, maka sejarah itu akan berulang kembali.’

Semoga tindakan yang telah disusun dan dirancang dapat direalisasikan.Peranan ini bukan sahaja terpundak di atas unit ini sahaja bahkan ia adalah tanggungjawab semua ahli PMRAM.Mudah-mudahan hak PMRAM di ARMA kembali digenggam suatu hari nanti.
Disediakan oleh:

NUR HIDAYAH BINTI MOHD AKHIR
Timbalan Pengarah
Unit Panitia ARMA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL