Pertemuan En.Khairi Jalalludin : HEWI PMRAM Pertahankan Suara Mahasiswi
 KAHERAH, 19 Sept -Satu pertemuan telah diadakan antara  beberapa pimpinan HEWI PMRAM yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi HEWI  Saudari Nurain Yaacob, Naib Pengerusi HEWI I Siti Fathiyah Mohd Razi,  Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah Yahuza, Ketua Unit  Kebajikan HEWI Saudari Nor Hashimah Majid beserta wakil dari mahasiswi  Qiraat dan Pengajian Islam pagi tadi .
KAHERAH, 19 Sept -Satu pertemuan telah diadakan antara  beberapa pimpinan HEWI PMRAM yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi HEWI  Saudari Nurain Yaacob, Naib Pengerusi HEWI I Siti Fathiyah Mohd Razi,  Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah Yahuza, Ketua Unit  Kebajikan HEWI Saudari Nor Hashimah Majid beserta wakil dari mahasiswi  Qiraat dan Pengajian Islam pagi tadi .   Pertemuan yang diadakan itu adalah bertujuan menyuarakan suara mahasiswi yang tidak bersetuju berkenaan isu tindakan Encik Khairi Jalaluddin selaku Pegawai EME yang telah memaksa dan mengenakan syarat bagi mahasiswi tahun akhir dalam pengurusan sijil supaya menyertai Konvokensyen yang bakal dianjurkan oleh EME.
   Tindakan yang dilakukan Encik Khairi Jalaluddin ditafsirkan sebagai tindakan peribadi memandangkan tiada sebarang penetapan syarat di peringkat EME supaya graduan menyertai Konvokensyen. 
   Hal ini amatlah tidak bersesuaian memandangkan di peringkat Malaysia  sendiri memberi kebebasan kepada mahasiswa/wi untk memilih samada  menyertai ataupun sebaliknya konvokensyen yang dianjurkan oleh pihak  universiti.
   Dalam pertemuan tersebut Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah  Yahuza dengan tegas berkata  "Tindakan profesional perlu dipraktikkan  selaku pegawai dalam membezakan apa yang dinamakan sebagai etika kerja,  syarat-syarat yang telah diputuskan bersama ataupun tindakan peribadi".
   Melalui pertemuan yang telah dijalankan didapati salah faham telah  berlaku diperingkat Encik Khairi Jalaluddin apabila  beliau menyatakan  PMRAM telah memboikot Konvokensyen EME yang bakal dianjurkan, "PMRAM  tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi supaya ahli memboikot  Konvokensye EME dan segala pendirian PMRAM adalah berdasarkan kenyataan  rasmi yang dikeluarkan melalui web PMRAM," tegas Timbalan Pengerusi  HEWI mengakhiri pertemuan tersebut.
 
 
 
Comments