Artikel Terkini :
Home » , , » IHYA' TARBAWI RAMADHAN 2014 (IHTIRAM 14')

IHYA' TARBAWI RAMADHAN 2014 (IHTIRAM 14')


Add caption
Sabtu 28 Jun 2014 – 27 Julai 2014 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14 telah berjaya menganjurkan satu program tahunan khusus bagi ahli BKPPPM iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM 14’) 2014/1435H. Program tersebut dikendalikan dibawah Biro & Unit Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14. Program tersebut bertemakan Ibrah Ramadhan Inspirasi Perjuangan (tema PMRAM pusat) . Justeru itu, antara objektif program bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturraahim di antara ahli BKPPPM di sepanjang bulan Ramadhan, disamping mengambil inisiatif memanfaatkan peluang yang terhidang untuk menghidupkan bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahli BKPPPM secara langsung dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu,ia juga dapat memberi peluang kepada ahli untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan sesebuah program dengan baik dan dapat mencungkil bakat baru dalam bidang kepimpinan. 

     Pada 1 Ramadhan 1435H / 29 Jun 2014 – selepas solat asar, telah berlangsung Majlis Perasmian Ihtiram 14’ bertempat di Dewan Soleh Soleh Al-Masri. Tentatif sepanjang program perasmian antaranya qasidah dan burdah, bacaan ayat suci Al-Quran, ucapan pengarah Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2014, ucapan perasmian oleh Badan Pengurus PMRAM Ustaz Mukhzin bin Amran, pelancaran gimik, bacaan tahlil dan diakhiri dengan iftor jamaie.

     Tambahan pula, pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan ramadhan antaranya solat sunat terawih di Dewan Soleh Al-Masri, tazkirah harian, tazkirah perdana, radio ramadhan, Bazar Mini Ramadhan (setiap hari ahad dan rabu), Majlis Zikrullah dan Burdah (setiap pagi jumaat), daurah kitab (Kitab Puasa), Majlis Lantunan Mahabbah, Pelancaran Kuiz Ramadhan, solat sunat terawih (bacaan 3 qiraat), iftor dan sahur jamaie, majlis anjuran PMRAM, qiamullail (setiap malam jumaat), qiamullail (setiap hari pada 10 malam yang terakhir Ramadhan), dan Ziarah Mahabbah (Sheikh Muhammad Ma’bad bagi Ikhwah dan Sheikh Saad Jarwish bagi akhawat).

      Pada 27 Ramadhan 1435 / 25 Julai 2014: telah berlangsung Majlis Penutupan Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2014 (IHTIRAM 14’) bertempat di Dewam Soleh Al-Masri. Antara tentatif majlis tersebut adalah khatam Al-Quran, Ucapan Penutup, Qasidah dan Burdah dan disudahi dengan iftor Jamaie.

     Sebagai penutup, Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Ihya’ Terbawi Ramadhan pada tahun ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen dan respon yang telah diberikan oleh semua ahli BKPPPM dalam menjayakannya. Semoga komitmen yang diberikan oleh semua dapat mengeratkan lagi jalinan ukhuwah diantara kita serta menjayakan setiap agenda yang dibawa oleh BKPPPM demi mendaulatkan Islam diatas muka bumi Allah.

Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM