Ikhlas dalam beramal.










Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .

Firman Allah S.W.T :
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

“ Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan Agama ( yg lurus )” ( Al-Bayyinah:5)

Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan semesta alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah yang haq sebagai rahmat bagi semesta alam kepada umatnya.
Demikian penerangan ayat di atas, berkenaan kehidupan ini Allah ciptakan untuk menguji siapa antara hambanya yang paling banyak beramal . Beramal merupakan intipati utama kewujudan manusia di dunia. Tanpa amal manusia seperti kehilangan fungsi dan peranan utamanya sebagai hamba Allah. Sepertimana Allah S.W.T berfirman untuk menegaskan tujuan penciptaan manusia :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup , supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun “ (Al-Mulk:2)

Namun dalam proses perlaksanaan sesuatu amal tersebut , ianya telah terbukti bahawasanya tidak cukup jika hanya beramal sahaja , kerana Allah akan melihat setiap amal itu dari niat serta keikhlasannya. Tanpa ikhlas dalam beramal, ibarat kopi tiada bergula. Ianya hanya perbuatan sia- sia dan tidak dipandang walau sedikit pun oleh Allah S.W.T. Sepertimana Imam Al – Ghazali pernah berkata :
Setiap manusia binasa kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal (dengan ilmunya). Orang yang beramal juga binasa kecuali orang yang ikhlas (dalam amalnya). Namun orang yang ikhlas juga tetap harus berwaspada dan berhati – hati dalam beramal.”

Dalam hal ini , terbuktilah bahawasanya hanya orang yang benar – benar ikhlas dalam beramal akan mendapat keutaman dan ganjaran yang besar di sisi Allah Azza Wajalla . Jadi untuk menetapkan niat yang ikhlas , niat itu perlu hanya fokus dalam satu perkara sahaja . Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya :

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Mafhum hadis :
Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Hadis di atas telah menjelaskan bahawa pentingnya niat ikhlas kita dalam melakukan amal . Jika setiap amal kita tidak disertakan dengan niat yang betul, ianya bagaikan debu debuan yang berterbangan . Sia – sia sahaja amal yang dikerjakan itu.

     Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa setiap amal yang disertai dengan niat banyak signifikasinya. Oleh itu, saya menyeru agar kita semua untuk sentiasa sulami setiap amal kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Jadikan ayat- ayat yang menerangkan tentang jaminan orang yang ikhlas dalam beramal itu sebagai motivasi dan pemangkin semangat kepada kita untuk menjalankan tugas – tugas yang diamanahkan .
Moga kita semua tergolong dalam golongan yang “ mukhlis ” dalam beramal untuk menegakkan deen al haq, kerna orang yang ikhlas itu dihidangkan dengan syurga Allah yang penuh kenikmatan .

Mujahadah itu pahit ,
Kerna syurga itu manis .

-Fastabiqul khairat-

NUR KHALISAH BINTI SHAHIDAN
(TIMBALAN LAJNAH EKONOMI BKPPPM 17/18)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL