SOLUSI'18, Simposium Kotemporari Untuk Mahasiswa


  






 [‏المجادلة‏: 11]‏، {‏‏يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ‏}

Allah mengangkat darjat orang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. - Mujadalah 11

Bertepatan dengan ayat alquran surah mujadalah ayat 11, melalui pembawaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah item Thaqafah. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sangat mendukung usaha program berbentuk ilmiah yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri.

  25 Februari 2018 telah berakhirnya Program Simposium Ilmuan Muda Islam (SOLUSI'18) yang telah berlansung selama dua hari dengan pengisian yang disampaikan oleh pengisi yang mantap dan berpengalaman seperti Sheikh Ali Abdul Basit Muzid, Ustaz Zaharudin bin Muhammad dan Ustaz Azhar Bin Yahya.  Program yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri bagi memberikan thaqafah kepada pelajar Azhari dilihat sebagai satu usaha yang wajar diberikan pujian.

  Objektif program ini adalah untuk Melahirkan ilmuan muda yang memahami keperluan masyarakat di tanah air, Mengukuhkan kefahamnan tentang kepentingan kesatuan islam dan Memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan ilmu turathi dan pengetahuan kotemporari. Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada mahasiswa dan mahasiswi Al Azhar di seluruh pelusuk Mesir baik dari pelajar pengajian islam mahupun sains kesihatan.

  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri dan seluruh barisan penggerak Simposium ilmuan muda islam (SOLUSI'18) di atas keberjayaan melaksanakan program yang julung-julung kali ini.

   Diharapkan agar program seperti ini dapat melahirkan mahasiswa yang celik informasi serta sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan sebagai persediaan menghadapi cabaran umat masa hadapan.


Tahniah & syabas.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat ukhuwah teguh Wehdah”
“Fikrah Thaqafah Biah Wehdah”

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963