ACTIVIST COUNCIL `14 : LANGKAH MEMPERKASA AKTIVIS-AKTIVIS BKPPPM..!!

Barisan Adhoc Pelaksana Activist Council 2014.
15 Oktober 2014 (Rabu): Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan sebuah program yang dinamakan Activist Council ’14 yang berlangsung di Dewan Soleh Al-masri rumah Pulau Pinang Hayyu 7. Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh BKPPPM bertujuan untuk mengumpulkan para aktivis yang terdiri daripada ketua-ketua pengarah dan unit serta timbalan yang sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap BKPPPM.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi semangat dan kesedaran kepada seluruh pengarah dan ketua-ketua unit serta timbalan di atas setiap gerak kerja yang mereka laksanakan. Di samping itu juga, program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan setiap unit yang berada di bawah naungan BKPPPM dan yang terutamanya adalah untuk merapatkan lagi ukhwah dalam kalangan mereka.


Activist Council ’14 berlangsung selama sehari bermula dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh saudara Muhammad Arif bin Hamzah selaku Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Antara intisari menarik yang disampaikan ialah beliau mengupas tentang ayat Al-quran yang berkisahkan tentang Nabi Sulaiman A.S bersama tentera-tenteranya. 

Pengisian menarik bermula dengan slot Gain to Give yang disampaikan oleh Dr. Ilman bin Abdul Razak selaku penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM). Slot ini berkaitan tentang memberi kesedaran dan motivasi kepada setiap peserta untuk memulakan setiap gerak kerja mereka dengan niat yang ikhlas. Slot berikutnya bertajuk Self Management yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Baihaki bin Abd Rashid selaku penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Slot ini menerangkan tentang cara pengurusan diri yang sebenar . Program diteruskan lagi dengan slot Smart Planning yang menerangkan tentang perancangan yang bijak bagi setiap gerak kerja yang akan dijalankan. Slot ini disampaikan oleh saudari Nur Ainah binti Ramli selaku Naib Pengerusi HEWI I (PMRAM). Seterusnya slot terakhir ialah Best Meeting yang dikendalikan oleh saudara Mohd Zahid bin Ismail. Slot ini menerangkan tentang teknik-teknik yang terbaik semasa mengendalikan mesyuarat serta cara-cara mengatasi masalah-masalah yang timbul ketika mesyuarat dengan lebih efektif.







Selain itu juga, program diselangi dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) dan modul “Who am I” di setiap slot yang dijalankan. Modul “Who am I” ialah satu ujian psikologi bagi mengetahui personaliti diri masing-masing. Kemudian, program berakhir dengan kalam penutup yang disampaikan oleh Timbalan Yang di Pertua BKPPPM saudara Muhamad Iman bin Fadzil.


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

Disediakan Oleh : Setiausaha Activist Council 2014

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL