WAJARKAH ANDA MALU..??







Diriwayatkan  daripada Imran bin Hushain (Radiyallahu`Anhu),katanya: Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) telah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali membawa kebaikan.”

hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Penjelasan:

Menerusi hadis ini pula dinyatakan bahawa sifat malu itu mendatangkan kebaikan (positif). Orang yang mempunyai sifat malu ialah orang yang mempunyai kelebihan berbanding dengan orang yang tidak mempunyai sifat tersebut.


Kerana, sifat malu ini bukan merugikan orang yang bersangkutan, sebaliknya memberi faedah yang banyak kepadanya. Kerana biasanya orang yang pemalu tidak akan melakukan perbuatan yang idak disukai, sama ada oleh manusia atau Khaliqnya.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar (Radiyallahu`Anhu),katanya :Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi (Shallallahu Alaihi wa Sallam) bersabda: “Malu itu sebahagian dari iman.”

hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Penjelasan:

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Di atas pula menyebut soal sifat malu. Kalau dalam hadis yang sebelumnya disebutkan bahawa sifat malu dan tanggungjawab moral itu satu cabang atau unit dari iman, maka pada hadis ini dikatakan sebagai sebahagian daripada iman. Sebenarnya, tidak banyak perbezaan maksud dan tujuan dari kedua-dua hadis tersebut, hanya ungkapan dan penyampaiannya yang berlainan

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

"Memurnikan Pemikran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan Oleh : Unit Penerangan & Penerbitan BKPPPM sesi 2014/15

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963