[ FASTAQIM `14 ] FESTIVAL TADHIYAH QURBAN BKPPPM 2014





 KAHERAH,( 5-7 OKTOBER 2014) - Meraikan bulan Zulhijjah atau disebut sebagai bulan pengorbanan ,Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah menganjurkan satu sambutan bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1435 H yang diberi nama FASTAQIM’14 ‘Tadhiyah Anbiya , Tarbiah Ummah’ (Fesitval Tadhiyah Qurban 2014). Disamping memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Sambutan pada kali ini juga bertujuan untuk meribatkan ikatan ukhuwah antara ahli BKPPPM, menerap erti pengorbanan dalam kesatuan, mengimbas sirah pengorbanan nabi untuk diterap pada diri ahli, meningkatkan momentum ketaatan kepada Allah.


Sambutan ini bermula pada 5 Oktober 2014 iaitu pada hari raya yang pertama dan berakhir pada 7 Oktober 2014 iaitu pada hari raya yang ketiga . Ianya dimulai dengan solat sunat Aidil Adha di masjid musa secara berjemaah, kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti menyembelih dan melapah unta . Pada hari yang berikutnya , Ahli BKPPPM bergotong-royong memasak serta mengemas dewan untuk menyambut tetamu ke rumah terbuka Aidil Adha. Kemudian, majlis diserikan lagi dengan forum 3 YDPAH (Naib Pengerusi HEWI) yang dipanelkan oleh Ustazah Intan Syahirah bt Sudin, Ustazah Nor Atiqah bt Ali Akbar dan Ustazah Sarinah bt Abdullah dengan tajuk perbincangan ‘Erti Perjuangan Pada Pengorbanan’ . Pada hari yang ketiga, aktiviti menyembelih dan melapah dilakukan buat kali yang kedua dengan menyembelih dan melapah tujuh ekor kambing dan seekor khoruf.Seterusnya, sambutan ini diakhiri dengan slot Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mutalib Maarof, tetamu jemputan khas dari Malaysia.

Penganjuran sambutan ini bukan semata-mata bergembira dan berhari raya sesama kita umat islam, bahkan ianya bagi mengingati serta mengambil iktibar agung yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S dalam mencorak generasi Rabbani.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

KITA PMRAM!!



Disediakan oleh : Pengarah Festival Tadhiyyah Anbiya` ( FASTAQIM `14)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL