LAPORAN JAULAH MAKAM DAN BAJU SEJUK 2019
November 2019, KAHERAH – Unit Sambutan dan Rehlah, Badan Kebajikan
Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan
Jaulah Maqam dan Baju Sejuk yang telah diadakan pada 8 November 2019 bagi
Ikhwah dengan bilangan seramai
75 orang 4 orang pengiring, manakala disebelah akhawat diadakan pada 16 November
2019 dengan bilangan seramai 90 orang beserta 8 orang pengiring.
Perjalanan bermula seawal jam 3.00 pagi dengan menaiki sebuah bas dan
coaster bagi Ikhwah dan 2 buah bas bagi Akhawat. Rombongan jaulah berhenti
seketika di perhentian untuk menunaikan solat fardu Subuh dan kembali meneruskan ke destinasi. Destinasi
pertama yang telah dibawa adalah maqam Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Beliau merupakan
seorang tokoh ulama besar Mesir yang masyhur dan juga seorang mufassirin yang dihormati.
Seterusnya rombongan meneruskan perjalanan ke Ra'sul Bahr. Setelah sampai
peserta diberikan penerangan mengenai tempat tersebut iaitu tempat pertemuan Sungai Nil dan Laut Mediterranean. Firman Allah S.A.W di dalam Surah Al-Furqan ayat
53 yang bermaksud ''Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang
mengalir(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit
dan Dia menjadikan keduanya dinding dan batas yang menghalanginya''.
Destinasi terakhir adalah ke Port Fuad
dan Port Said iaitu pelabuhan yang terbesar di negara Mesir. Rombongan telah
tiba di Masjid Besar Port Fuad untuk menunaikan solat Jama' Qasar Zohor dan Asar
serta makan. Seterusnya bergerak ke Suq Adim untuk membeli belah baju
sejuk dan berhenti seketika untuk menunaikan solat Jama' Qasar Maghrib dan Isyak. Pada jam 9.00 malam rombongan bergerak pulang dari destinasi terakhir
dan telah sampai di perkarangan Asrama Pulau Pinang pada jam 11.30 malam.
Ucapan terima kasih daripada Badan Kebajikan
Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan jaulah
yang telah diadakan. Semoga jaulah ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi
ukhuwah antara satu sama lain.
Disediakan oleh :
Unit Sambutan Dan Rehlah BKPPPM sesi 19/20
Unit Sambutan Dan Rehlah BKPPPM sesi 19/20
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah"
#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu
#Bersama_Bersatu
Comments