3 PEMBAWAKAN BKPPPM SESI 2016/17




السلام عليكم


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْد         
                                                                                  فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

     Di dalam perjuangan, perlukan kesabaran dan kemantapan hati, motivasi agar kita tidak menjual harga diri apa lagi agama ini. Lebih-lebih lagi di jalan dakwah, jalannya susah, berat, berliku, dan penuh dengan dugaan yang pedih. Tentu untuk menghadapi semua itu perlukan sebuah motivasi, agar masa sulit tidak membawa kepada putus asa dalam perjuangan. Maka dengan Al-Qur’an Allah teguhkan kita. Semoga saudara-saudara ku hari ini yang sedang berjuang, di dalam himpitan kesulitan, ingatlah bahwa kalian tidak sendirian, masih ada kami dan Allah pun bersama kalian, dan kemenangan pun sudah semakin dekat. 

     Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam persatuan secara khususnya atau jemaah Islam secara amnya, maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam iaitu bentuk pemilihan, tanggungjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertepatan. Tidak boleh sebenarnya sebarang pemilihan terhadap pemimpin dilakukan secara sambil lewa dan tidak serius tanpa melalui pemerhatian yang mendalam. 

     Jika berlaku salah memilih pimpinan maka akan menjadi hijab kepada keberkatan dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai orang – orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya ( dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya ) dan berjuanglah pada jalan Allah ( untuk menegakkankan Islam ) supaya kamu beroleh kejayaan." - (Al Ma'idah : 35). Ayat Allah ini telah menarik berjuta umat terdahulu untuk terus bertindak menjalankan amar makruf nahi munkar. Namun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir tidak terkecuali dalam menyambut seruan amar makruf nahi munkar itu, seterusnya menjadikan BKPPPM sebagai pusat untuk menyalurkan kebajikan kepada anak anak pulau pinang yang bernaung di bawah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir. 
Allah juga berfirman di dalam Al Quran Surah As Saff ayat 3:-

( إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ ) 
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. 

Nabi juga pernah bersabda:-

 أبي موسى الأشعري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-:المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا 

Dari Abi Musa Al Asyaari , telah berkata nabi Muhammad SWT: Bermula seorang mukmin kepada mukmin yang lain itu adalah seperti satu bangunan , mereka saling meliputi satu sama yang lain. 

     Dari ayat Al Quran dan nas Hadis Nabi Muhammad SAW tadi jelas kepada kita sebagai seorang muslim akan tuntunan hidup berjamaah. Jelas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW tashbihkan bagi orang mukmin itu seperti sebuah bangunan. Ini menunjukkan bahawa hidup berjemaah ini adalah satu arahan dan sunnah yang telah dituntut di dalam agama islam dalam merialisasikan tuntukan hidup berjamaah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir pada sesi ini dengan ditiup nafas baru akan berusaha dalam menjaga kemaslahatan, kebajikan anak anak Pulau Pinang yang bernaung dibawah BKPPPM. 

     Kini usia BKPPPM mencecah 39 tahun, usia itu sudah cukup matang dalam menunjukkan pergerakan BKPPPM sepanjang ditubuhkan sehingga hari ini sentiasa komited dalam menyelaras hal hal dan urusan kebajikan di Mesir. Menderap kepada kejayaan BKPPPM untuk menjadi pusat rujukan dan kebajikan anak anak Pulau Pinang di Mesir, saf kepimpinan Badan Kebajikan Pelajar Pinang Mesir sesi 2016/17 akan terus mengekalkan misi visi serta usul yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung BKPPPM kali ke 39. Di antara butiran misi, visi serta usul adalah seperti berikut: 

Visi: Meningkat kualiti mahasiswa professional yang berdaya maju dalam setiap bidang. 

Misi: 1) Meningkatkan kualiti dari sudut fikrah, shaksiah dan thaqafah ahli.
         2) Mengukuhkan tenaga pelapis yang berkemahiran dalam kalangan ahli. 
         3) Meluaskan kerjasama antara pengajian islam dan sains kesihatan.

Usul: Menjayakan resolusi persidangan Khas PMRAM 2014 

     Selain itu, saf kepimpinan sesi 2016/2017 juga ingin menekankan 3 item penting yang menjadi pembawakan BKPPPM iaitu: 

Rabbani : Usaha dalam membentuk pimpinan dan ahli untuk menjadi golongan rabbani dengan memberikan seratus peratus kefahaman dan fikrah islamiyah yang sempurna. 

Thaqafi : Melahirkan pimpinan dan ahli yang saling bersaing secara sihat dalam pemantapan ilmu dan kemahiran. 

Khairi : Bersedia memberikan kebajikan kepada anak anak Pulau Pinang yang layak dalam pelbagai aspek. Kepimpinan pada sesi kali ini menyeru kepada seluruh ahli BKPPPM agar bersama bersatu menjayakan ketiga tiga item tersebut bagi memastikan BKPPPM berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain malah akan lebih maju dan kehadapan. 

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah" 
"Rabbani Thaqafi Khairi" 

Salam hormat, 
Ahmad Fariz Mohd Zaini, 
Yang Dipertua, 
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2016/17

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963