LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH




 LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH



Firman Allah S.W.T:

( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق )

Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53)


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Iskandariah khusus buat Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain.

Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada hari Sabtu, 19 November 2016 untuk akhawat dan 26 November 2016 untuk ikhwah, peserta di sebelah akhawat seramai 22 orang serta diiringi dua orang musyrif, manakala sebelah ikhwah seramai 35 orang.

Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Mumtazah, Qal'ah, Library Alexandaria dan seterusnya menziarahi maqam para Ulama' dan Auliya' yang terdapat di sekitar Iskandariah antaranya maqam Nabi Daniel, Luqmanul Hakim, Imam Busairi dan lain-lain lagi. Semua peserta melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang dikunjungi.

Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jaulah Iskandariah yang telah direncanakan ini. Semoga jaulah yang telah diadakan ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama mahasiswa/wi baru dan akan terus kuat bagi meneruskan perjuangan Islam.


" MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "

" RIBAT UKHUWAH, TEGUH WEHDAH "

" RABBANI THAQAFI KHAIRI "


Disediakan Oleh :
Unit Sambutan & Rehlah (USR) BKPPPM sesi 2016/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL