PANDUAN KESELAMATAN

PANDUAN KESELAMATAN

Suatu kejadian letupan telah berlaku pada Ahad yang lepas telah membuka  mata pelbagai pihak dan golongan masyarakat seluruh negara, ia menyebabkan banyak pihak telah membuat spekulasi tersendiri berkaitan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah gereja koptik (Cairo's Coptic Cathedral) di Abbasiyah, ibu negara mesir menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar kejadian tersebut berlaku. berdasarkn laporan jabatan kesihatan Mesir, letupan ini telah mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban,mengikut laporan yang telah dibuat baru-baru ini seramai 25 orang terkorban dan ramai yang tercedera .

Menurut pegawai gereja koptik, letupn itu berlaku di dua buah gereja kecil, di gereja St Peter dan St Paul yang berhampiran dengan gereja koptik.

Sementara itu, pasukan keselematan sedang menyiasat perkara ini di tempat kejadian dengan sumber awal yang menunjukkan bahawa bahan letupan tersebut telah diletakkan di dalam gereja pada awalnya.

Pasukan keselematan berkata kepada media kerajaan Mesir bahawa sekurang-kurangnya terdapat 12 kg bahan letupan yang diletakkan di dalam gereja tersebut.  Sementara itu, laporan lain menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terbunuh ialah kanak-kanak dan wanita. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Oleh yang demikian, pihak BKPPPM telah menyusun ketetapan atau panduan keselamatan antaranya ialah :

1. Sentiasa PEKA dengan keadaan setempat.
2. JAUHI kawasan panas dan tidak selamat.
3. Sentiasa membawa Pengenalan Diri.
4. Ambil peduli tentang keadaan rumah dan ahli rumah.
    Maklumkan kepada ahli rumah jika ingin keluar rumah.
5. Tidak mudah bertegur sapa atau menerima barang daripada orang yang tidak dikenali.
6. Digalakkan bergerak secara berkumpulan.
7. Kurangkan aktiviti malam diluar khususnya kepada akhawat.
8. Sentiasa CAKNA dengan perjalanan FB Bkan Pulau Pinang.

Kami menyeru kpd seluruh ahli BKPPPM jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sila hubungi :

1.       Ustaz Ahmad Fariz bin Mohd Zaini
Yang DiPertua BKPPPM sesi 2106/17
+201144647373

2.       Ustazah Nor Farhana binti Abd Aziz
Naib Pengerusi HEWI BKPPPM sesi 2016/17
+201129916889


Akhir sekali, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir menyeru kepada semua penuntut ilmu yang berada di Mesir khususnya di Kaherah untuk tingkatkan keselamatan dan patuhi segala panduan yang telah dibuat supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"RIBAT YKHUWAH TEGUH WEHDAH"
"RABBANI THAQAFI KHAIRI"


Disediakan Oleh :
Unit Kebajikan BKPPPM sesi 2016/2017

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL