LAPORAN RELAX'S 19 (REHLAH SOIFIYAH)




LAPORAN RELAX’S 19(REHLAH SOIFIYAH)

JULAI 2019 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan jaulah yang diberi nama RELAX’S 19 (Rehlah Soifiyah Matrouh dan Siwa). Akhawat pada tarikh 11 Julai hingga 14 Julai 2019, dan ikhwah pada tarikh 17 Julai hingga 20 Julai 2019. Jaulah ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli BKPPPM. Selain, ahli-ahli dapat mengambil ibrah daripada sejarah yang terdahulu.

RELAX’S 19 (akhawat) telah disertai oleh 53 akhawat BKPPPM, 7 musyrif dan diiringi satu pasangan mutazawwijin bersama 4 orang cahaya mata. RELAX’S 19 (ikhwah) telah disertai oleh 66 ikhwah peserta termasuk musyrif. RELAX’S 19 bermula sekitar jam 2.45 pagi bertarikh 12 Julai 2019 (akhawat) dan 17 Julai 2019 (Ikhwah). Seusai peserta-peserta menaiki bas, doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz. Sekitar jam 4.45 pagi, Peserta RELAX’S 19 berhenti di perhentian untuk memberi laluan kepada peserta menunaikan solat subuh. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan dan tiba pada jam 11.00 pagi. RELAX’S 19 berhenti berehat, solat dan makan di tempat penginapan.

Seusai solat dan makan di tempat penginapan perjalanan diteruskan ke destinasi pertama iaitu Hamam Cleopatra. Cleopatra merupakan nama seorang ratu Mesir yang cantik jelita. Kecantikannya mampu memikat hati setiap orang yang memandangnya. Sejarah dan kisah hidup Cleopatra sangat terkenal dan diadaptasikan dalam novel, kisah-kisah serta drama. Kewujudan Hamam Cleopatra terletak di Matruh, bahagian utara Mesir.

Seterusnya RELAX’S 19 meneruskan perjalanan ke destinasi yang kedua Teluk Ajibah yang dinamakan “Bahr Ajibah” kerana keindahan pantainya yang kebiru-biruan. Bagi sesiapa yang melihat pantai tersebut pasti merasa kagum dengan lautnya yang mempunyai tujuh lapisan warna. Ketujuh-tujuh lapisan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila menjelang waktu senja. Setelah selesai mengambil gambar dan berjalan-jalan disekitar tempat tersebut peserta dibawa ke Suq Libya untuk membeli belah. Di sana terdapat pelbagai jenis barang yang dijual seperti makanan, barang keperluan, pakaian  dan sebagainya.

Pada keesokan paginya, para peserta berkumpul di lobi penginapan. 15 minit kemudian, kenderaan  yang ditunggu telah tiba, peserta menaiki bas dan coester bertolak ke Siwa yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan. Setelah sampai di sana, destinasi pertama yang dituju iaitu Jabal Mauta(Bukit Kematian). Penduduk setempat jugak menamakan perkuburan itu dengan ‘Gabel Al-Musabbarin’. Di sana terdapat lubang-lubang kecil hitam yang merupakan kubur-kubur pada zaman dahulu. Ramai di kalangan pembesar dan orang ternama telah dikuburkan di sana. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu Istana Iskandar Maqduni dan Kuil Amon Re. Kemudian, para peserta dibawa ke Kolam Cleopatra untuk solat dan makan tengahari di sana. Peserta berada di Kolam Cleopatra kira- kira satu jam setengah. Seterusnya kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Tasik Garam. Seterusnya kami ke Kota Lama Siwa, di sana terdapat tempat- tempat  peninggalan kuno dari zaman beberapa ratus tahun dahulu. Kota Siwa merupakan sebuah kota kecil yang masih kuat dari sudut adat dan budayanya yang tersendiri. Majoriti penduduk di situ memeluk agama Islam kesemuanya. Kota Lama Siwa merupakan destinasi terakhir dilawati pada hari kedua sebelum pulang ke Matruh.

    Pada hari ketiga, tepat jam 9 pagi, kami bertolak ke Pantai Abyadh untuk aktiviti di pantai dan BBQ. Tempoh perjalanan ke sana mengambil masa selama satu jam. Antara aktiviti- aktiviti menarik yang kami lakukan antaranya mandi manda, makan dan lain-lain lagi. Pada jam 3.15 petang, para peserta telah bersiap sedia untuk pulang ke Kaherah. Sekitar jam 1.30 pagi, peserta RELAX'S 19 selamat tiba di Asrama Pelajar Pulau Pinang.

Semoga dengan penganjuran rehlah pada kali ini dan ditambah pula beberapa aktiviti yang bermanfaat dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli BKPPPM . Terima kasih di atas penyertaan peserta- peserta dalam menjayakan RELAX'S 19 pada tahun ini dan diharapkan semua ibrah dan pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan pedoman bagi menghadapi hari yang mendatang. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”

Disediakan Oleh : Unit Sambutan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2018/19

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963