LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN


LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN




        
           9 APRIL 2018, KAHERAH, Ketibaan mahasiswa/wi baru di Mesir telah disambut oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru`18. Kehadiran mahasiswa/wi baru tersebut diiringi oleh dua wakil delegasi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang(JHEAIPP) iaitu Ustaz Haji Rosli Bin Haji Othman(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) dan Ustaz Khairul Aman Bin Bistaman(Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) disambut oleh beberapa wakil Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) 17/18 di International Cairo Airport. Semua mahasiswa/wi dan wakil delegasi telah selamat tiba di premis  BKAN BKPPPM dengan menaiki dua buah bas.




            16 APRIL 2108, KAHERAH,  Hari Taklimat Dan Silaturrahim`18 telah diadakan dengan jayanya. Program itu yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 16 April 2018 sehingga 18 April 2018 di Sutuh Asrama Pulau Pinang. Program yang menggunakan tema “Generasi Ilmuan Pemangkin Kesatuan” berobjektif merai Mahasiswa/wi baru ke Mesir, Melahirkan sifat tanggungjawab sebagai persatuan yang membawa amanah Allah dan membentuk kerjasama dan ukhuwwah  mahasiswa/wi baru disamping mengenalkan PMRAM dan BKAN-BKAN kepada Mahasiswa/wi baru.



            Program tersebut yang melibatkan penyertaan mahasiswa/wi baru diberikan beberapa pengisian yang penting bagi menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu di bumi Ardul Kinanah. Antara pengisian yang diberi ialah Diskusi Kitab Risalah Al-Azhar, Senat Fakulti, Slot Kesihatan dan Lain-lain. Turut diadakan Explorace memberi peluang pengalaman kepada mahasiswa/wi baru bermuamalah dengan masyarakat tempatan.  Penutup program diadakan Slot khas Ramah Mesra bersama Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dan HEWI(AJKT/H) 17/18 dan malam Persembahan Dan Kesenian. Penghujung program ditutupi dengan ucapan pengarah oleh Ustaz Safmeezool Ameer Bin Satar dan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan peserta terbaik.



             

              26 APRIL 2018, telah diadakan Jaulah Maqam sekitar Kaherah bagi mahasiswa. Manakala, bagi mahasiswi dianjurkan pada keesokan harinya. Banyak maqam-maqam auliya diziarahi, antaranya Maqam Ibnu Hisyam Al-Ansari, Imam Ramli, Imam Sya’rani, Imam Syafie dan banyak lagi sekitar kaherah. Jaulah ini bertujuan memperkenalkan kepada mahasiswa/wi baru para auliya’ yang berada disekitar Kaherah disamping memberi semangat untuk menimba ilmu di perlembahan Nil.



              

          Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai persatuan berkebajikan menaungi anak-anak Pulau Pinang di Mesir menjadikannya sebagai medium kesatuan yang telah lama wujud sejak PMRAM dan akan terus berbakti untuk ummah.


               Akhir kata, semoga dengan segala kebajikan yang  telah atau yang akan diberikan untuk kepentingan bersama menjadikan mahasiswa yang berdaya saing dalam pelbagai bidang  disamping membina kesatuan mencapai redha Illahi.

" Generasi Ilmuwan Pemangkin Kesatuan "


" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
" Ribat Ukhuwwah Teguh Wehdah "
" Fikrah Thaqafah Biah Wehdah "


Setiausaha Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2018(USMB 18')
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM)

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963