Artikel Terkini :
Home » , » SIMFONI DI AIDILFITRI (SELFIE `15) MENCERIAKAN SUASANA AIDILFITRI DI PERANTAUAN

SIMFONI DI AIDILFITRI (SELFIE `15) MENCERIAKAN SUASANA AIDILFITRI DI PERANTAUAN



LAPORAN PROGRAM SELFIE ’15 ( SIMFONI DI AIDILFITRI ) 

Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) telah menganjurkan program hari raya Aidilfitri di bumi Mesir ini dan program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan di beri nama “ Simfoni di Aidilfitri “ ( Selfie ’15 ) dan bertemakan “ Ramadhan Bertaqwa, Syawal Bermakna ” yang telah berlangsung di sutuh BKPPPM pada 17 Julai 2015 sehingga 19 Julai 2015 selama tiga hari berturut-turut. Persiapan program telah diadakan dua hari sebelum iaitu pada hari Rabu 15 Julai dan Khamis 16 Julai 2015. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah di kalangan ahli.

Rabu 15 Julai jam 10.00 malam diadakan acara gotong-royong di sutuh bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing.

Khamis 16 Julai jam 4.00 petang, program diteruskan dengan acara gotong-royong membersihkan kawasan asrama Pulau Pinang. Malam hari tersebut,selepas solat Isya semua ahli BKPPPM melaungkan takbir raya beramai-ramai di sutuh.





Majlis perasmian pada malam raya dimulakan dengan ucapan aluan oleh saudara Muhammad Safwan bin Azzmi selaku pengarah program, ucapan perasmian oleh saudara Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki selaku penasihat BKPPPM seterusnya perutusan raya yang disampaikan oleh yang dipertua BKPPPM saudara Mohd Jasry Raimy bin Johari dan diakhiri dengan tayangan video raya yang dikelolai oleh unit teknikal program Selfie ‘15. Usai sahaja majlis semua ahli dihidangkan dengan jamuan ringan.

Jumaat 17 Julai bermula jam 3.30 pagi, semua ahli solat subuh berjemaah diteruskan dengan penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh saudara Muhammad Irfan Syahid bin Zulkifli dan pada jam 5.00 pagi semua ahli BKPPPM bertolak ke dataran Hayyu Asyir untuk menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri anjuran bersama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir.


Setelah selesai solat sunat hari raya, menjadi rutin setiap tahun semua ikhwah akan bergambar, membuat ucapan serta rakaman hari raya di perkarangan asrama pulau pinang dan seterusnya meneruskan agenda ziarah mahabbah ke rumah sewa anak-anak Negeri Pulau Pinang.





Program Selfie’15 bermula pada jam 8.00 malam dengan aturcara dewan yang telah disusun atur oleh unit pengisian program Selfie ’15 antaranya berbalas pantun, teka tajuk lagu, permainan binggo, persembahan AJKT, sketsa pertandingan memasak dan banyak lagi acara menarik sambil menjamu selera dan majlis telah dikelolai oleh tiga orang moderator secara bersilih ganti iaitu saudara Muhammad Fairus bin Mat Yasin, saudara ZulArief bin Zulkifli dan saudari Khalis Syahirah binti Mohammed Hafiz. Setelah selesai semua persembahan majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung seperti: Syaqqah tercantik, kumpulan terbaik, pakaian dan kad raya kreatif.



Pada hari berikutnya, Sabtu 18 Julai diadakan rumah terbuka BKPPPM khusus kepada seluruh AJKT setiap cawangan BKAN anak-anak negeri di Mesir.

Ahad 19 Julai 2015 program Selfie ’15 telah melabuhkan tirai dengan mengadakan aktiviti terakhir di luar dewan iaitu acara bowling pada waktu pagi bagi akhawat manakala di sebelah ikhwah pada waktu petang. Semoga perjalanan program selama tiga hari ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T. Harapan pengarah Program SELFIE `15 ( Simfoni Di Aidilfitri ) agar tauatan ukhuwah sesama ahli BKPPPM di Mesir semakin utuh dan bergembira sepanjang program ini.





Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM