Kutipan Sumbangan Taakhi Meringankan Beban



Print E-mail
ahmad iqbal.jpgISKANDARIAH, 14 Nov - PMRAM hari ini menghulurkan sumbangan berikutan musibah yang menimpa bagi bayi kelahiran pasangan Saudara Hafiz Omar dan Saudari Norasyila Abu Bakar Kelahiran bayi pasangan tersebut pada umur kelahiran tujuh bulan menyebabkan kelahirannya terpaksa ditempatkan di bawah penjagaan rapi hospital.

Adik Ahmad Iqbal diletakkan di bawah penjagaan hospital bagi memantau kestabilan pernafasannya. Naib Presiden III Ketika ditemui di hospital mengulas, dalam kes-kes berlaku yang melibatkan kelahiran tidak cukup bulan kebiasaan memerlukan penjagaan rapi dari pihak hospital.

Bayi akan diletakkan di dalam Incubator untuk dipantau sehingga stabil. Apa yang menyukarkan pihak keluarga kelahiran ialah kos penjagaan terbabit.
hafiz penang.jpg
Tambahan beliau, untuk kos incubator sahaja membelanjakan LE400 sehari tidak termasuk kos ubatan harian. Bagi kos tersebut, pihak PMRAM telah berjaya melancarkan kutipan sebanyak dua kali untuk menampung bebanan ini.

Kutipan daripada taakhi Pulau Pinang yang terdiri daripada Iskandariah, Shoubra, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Sumbangan juga diperolehi daripada PMRAM cawangan Kedah.


Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Presiden Saudara Muhammad Zuhaili Saiman, Naib Presiden II Saudara Mohd Azlan Hj Alias, Ketua Badan Ekonomi Saudara Mohd Alhidayat Khalid yang juga merupakan BP Angkat Pulau Pinang serta Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan Saudara Muhammad Yusuf A.Kadir.

Pihak Badan Pengurus berkesempatan menziarahi adik Ahmad Iqbal di hospital bagi mendapatkan gambaran serta penjelasan lanjut mengenai perkembangan kesihatannya.
Sumber : PMRAM.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL