ISU GAGAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN : BKPPPM MOHON PENYELESAIAN SEGERA

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir simpati terhadap isu yang menimpa Muhammad Alif bin Sofian Gan seorang pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan mengharapkan agar masalah kemasukan ke dalam peperiksaan di Universiti Tanta pada kali ini selesai.

Situasi semasa saudara Alif adalah berada dalam keadaan yang merunsingkan memandangkan mempunyai kemungkinan mengulang tahun gara-gara masalah fail pelajar yang tidak selesai sejak sekian lama.

Menurut perbualan telefon BKPPPM bersama saudara Alif, usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut berlaku sejak bulan Mei yang lalu, namun gagal menemui jalan penyelesaian hingga ke hari ini.

BKPPPM memandang serius isu ini kerana ia adalah hak kebajikan saudara Alif, juga merupakan isu mahasiswa. Isu ini adalah isu kita bersama.

BKPPPM mengucapkan terima kasih kepada pihak PMRAM dan PERUBATAN kerana sanggup bersama-sama untuk membantu dalam menyelesaikan isu ini.

BKPPPM sedia menhulurkan bantuan dan mengharapkan keputusan yang terbaik demi kebajikan saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan serta dapat memasuki peperiksaan Daur Thani yang sedang berlangsung.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL