Solat Tarawih Dan Tazkirah Bersama Wakil Rombongan MAPIM

KAHERAH, 21 OGOS - Wakil anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM), Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Abd Rahman Bin Abdullah sempat bersama menunaikan solat Taraweh dan solat Sunat Witir bersama ahli BKPPPM di Dewan Soleh Al-Masri.

Rombongan MAPIM seramai 34 orang yang baru tiba daripada Palestin atas urusan kemanusiaan di sana sempat beramah mesra dengan rakyat Palestin selama tiga hari dan bertemu dengan kementerian-kementerian dalam kabinet Palestin.

Kesempatan ahli rombongan yang hadir ke bumi Mesir dimanfaatkan sepenuhnya dengan jemputan memberikan ucapan ringkas diantara solat Taraweh yang telah disampaikan oleh Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang merupakan ahli lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) dan juga pengerusi Masjid Al-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas.

Dalam ucapan beliau, disebut mengenai pengalaman perjalanan dari Mesir ke Palestin dan juga pengalaman berada di Palestin selama tiga hari dengan kedengaran bunyi-bunyi letupan yang berhampiran dengan hotel mereka. Turut dikongsi juga mengenai bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar-pelajar melalui PUZ.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963