Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar Syarat Kemasukan .
 
 			 				 				 				 				 					 						 														 														 								          KAHERAH, 27 Ogos - Peperiksaan kelayakan (Imtihan Qobul) masih lagi menjadi syarat bagi pelajar - pelajar yang akan memasuki Universiti Al-Azhar.  	      	   	  
     	Imtihan qobul tersebut yang bermula sejak tahun 2009 masih lagi akan diadakan di Universiti Al-Azhar, Mesir.   
  	Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, telah pun mengedarkan contoh soalan imtihan qobul kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut.
  	" Kita akan memberikan maklumat terbaru dari semasa ke semasa mengenai perkembangan isu pendidikan di bumi Mesir " ujar Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
 
 
 
Comments