BKPPPM Turut Bersama Dengan PMRAM & PERUBATAN

KAHERAH, 27 Ogos - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) memandang serius isu kegagalan seorang mahasiswa perubatan Tanta, Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan menduduki peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Yang Di-Pertua BKPPPM, Saudara Hilmi telah menalifon kepada mangsa, yang juga merupakan anak negeri kelahiran Pulau Pinang bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai isu yang berlaku.
Perbualan antara YDP BKPPPM dengan mangsa merupakan langkah awal setelah mendapat makluman daripada pihak PMRAM berhubung isu tersebut yang membabitkan anak-anak negeri Pulau Pinang.
Ternyata, pihak BKPPPM merasa kesal mengenai isu yang berlaku kerana ia berpunca daripada sikap sambil lewa seorang pegawai EM, En Khairi Jalalludin yang lewat turun ke Tanta bagi menyelesaikan kes ini sejak bulan Mei yang lalu.
BKPPPM mengharapkan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kebajikan mangsa.
BKPPPM juga memaklumkan kepada PMRAM bahawa BKPPPM bersedia sepenuhnya untuk bersama-sama dalam isu ini.
PMRAM memuji sikap yan ditunjukkan oleh BKPPPM dalam cakna isu mahasiswa yang berlaku.
Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah pun menghubungi YDP BKPPPM, Saudara Hilmi dalam membincangkan tindakan awal.
"PMRAM amat optimis untuk membantu mangsa dalam isu ini. Satu pertemuan antara 3 pihak iaitu PMRAM, PERUBATAN dan BKPPPM akan diadakan bagi membincangkan langkah seterusnya," ujar Presiden PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963