KONVOKESYEN PMRAM : BKPPPM MENYOKONG SEPENUHNYA

Berikutan pengumuman rasmi baru-baru ini oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) yang bersedia untuk menganjurkan konvokesyen PMRAM pada tahun ini, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) dengan ini menyokong sepenuhnya dan bersedia menghulurkan bantuan bagi menjayakan agenda tersebut.

PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi semua BKAN dan DPM di bumi Mesir ini pernah mengadakan konvokesyen sebelum ini bagi meraikan kejayaan seluruh anak-anak malaysia di sini dan meraikan khusus bagi mahasiswa/wi yang telah menamatkan pengajian sama ada dari pengajian Islam mahupun perubatan.

Sokongan dan dokongan ini adalah berikutan daripada reaksi ahli BKPPPM khususnya serta culaan tidak rasmi ahli PMRAM amnya yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu.

BKPPPM mengharapkan keputusan yang terbaik demi menjaga kebajikan seluruh ahli bagi sama-sama meraikan kejayaan pelajar-pelajar Malaysia di bumi Mesir ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963