USMB : JAULAH KE PORT SAID

Peserta jaulah bergambar

PORT SAID, 11 Oktober 2012 - Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) dengan kerjasama Unit Sambutan & Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah mengadakan jaulah ke Port Said dan kawasan sekitarnya.

Jaulah tersebut telah disertai oleh mahasiswa baru seramai 28 orang berserta musyrif. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam,  telah sampai ke destinasi pada pukul 11.30 pagi. Antara kawasan menarik yang dilawati ialah Suq Qadim, Suq Jadid dan Tanah Asia di Mesir atau yang lebih dikenali dengan Port Fuad yang perlu melintasi Terusan Suez.

Tujuan lain jaulah ke Port Said tersebut ialah untuk membeli pakaian bagi menghadapi musim sejuk yang bakal mengigilkan setiap tubuh penduduk Negara Mesir ini. Mudah-mudahan mahasiswa baru dapat menjalani musim sejuk dengan sebaiknya dan lebih terus bersemangat dalam pelajaran.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963