JAULAH MAQAM : MENELUSURI KEHIDUPAN ULAMA




KAHERAH, Oktober 2012 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Jaulah tersebut telah diadakan pada 30 September 2012 bagi mahasiswa yang telah disertai oleh 25 orang peserta, manakala jaulah untuk mahasiswi pula telah diadakan pada 1 Oktober 2012 dan telah disertai oleh 12 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang musyrif.

Tujuan jaulah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan maqam para ulama’ dan para auliya’ yang terdapat di sekitar Kaherah dan mengenali tokoh-tokoh termasyhur di Mesir kepada mahasiwa/wi baru. Di samping itu, jaulah ini juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan ukhwah Islamiyyah dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru menjejakkan kaki di Perlembahan Nil ini.



Hampir 30 maqam diziarahi di hampir 15 kawasan. Antaranya adalah maqam Imam As-Syafie, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Ibn Hisyam, Syeikh Zakaria al-ansari, Imam waqie’ dan Said Ali al-Jaafari. Rata-rata peserta memberi komitmen dan respon yang baik dan melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang diadakan. Yang Dipertua, Saudara Azwan bin Azman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang telah direncanakan ini. Beliau mengharapkan supaya jaulah maqam ini mampu memberi kesan kepada peserta dan mencapai objektif yang disasarkan .

Comments

Syahid said…
https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963