BAZARIA MUTIARA BKPPPM 2017 WADAH LESTARI EKONOMI ISLAM


BAZARIA MUTIARA WADAH LESTARI EKONOMI ISLAM

LAPORAN BAZARIA MUTIARA 2017

BKPPPM nama tersergam indah,
Riuh rendah Bazaria Mutiara,
Program berlangsung dengan meriah,
Ucapan terima kasih tidak terkira.

BAZARIA MUTIARA’17 : “EKONOMI TERJANA, UKHUWAH TERBINA”

RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 18,19,20 & 21 MAC 2017 : BKPPPM saban tahun dalam merealisasikan kesyumulan agama Islam dan menteladani sunnah teladan Baginda Rasulullah s.a.w sekali lagi telah menganjurkan program Bazaria Mutiara 2017. Program yang mempunyai seribu satu objektif antaranya menjana serta memperkasakan ekonomi BKPPPM, meningkatkan kemahiran berniaga dalam kalangan ahli serta merapatkan ukhuwah sesama mahasiwa mahasiswi di seluruh Perlembahan Nil dapat dijayakan dengan gilang gemilangnya. Bazaria Mutiara 2017 yang bertemakan ‘Ekonomi Terjana,Ukhuwah Terbina” telah diterajui oleh saudara Muhamad Taufiq bin Md Ali selaku pengarah program dan saudari NurHidayah binti Yusoff (Timbalan Pengarah) beserta seluruh jentera tenaga penggerak Bazaria Mutiara sesi kali ini telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Bazaria Mutiara 2017 yang berlangsung selama empat hari itu mempamerkan kemeriahan dan sambutan yang menggalakan selaras dengan konsep yang dipersetujui bersama iaitu “School Canteen” dan juga tidak dilupakan kepada para pengunjung yang tidak putus-putus hadir daripada waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam memberikan sokongan kepada program Bazaria Mutiara sekaligus menikmati juadah dan aneka makanan yang disajikan kali ini.

Sejajar dengan tema, konsep dan objektif yang hendak disampaikan kepada seluruh mahasiswa mahasiswi di Ardhil Kinanah ini tidak dilupakan juga selain daripada itu antara pelbagai hidangan makanan yang menarik daripada para penggerai adalah aneka nasi, laksa penang, char kuey teow, menu-menu ala western dan banyak lagi. Gerai air “Abang Tanjung” tidak menang tangan dalam menyediakan penghilang dahaga kepada para pelanggan seperti Aiskrim Kepit, Laici Kang, Cendol, Soya, Ice Blend turut menjadi tarikan.

Bazaria Mutiara 2017 menutup gelanggang dapur pada jam 10.00 malam bersamaan 21 Mac 2017 dan gotong royong mengemas kawasan persekitaran tapak bazar seusai tamatnya bazar. Ucapan jutaan tahniah dan terima kasih ditujukan khas kepada seluruh ahli BKPPPM dan seluruh mahasiswa Mesir yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menggamatkan program Bazaria Mutiara 2017. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha kecil atau besar yang telah diberikan.
Jazakumullahu Khairan Khatira Jaza’

Bazaria Mutiara 2017
“Ekonomi Terjana, Ukhuwah Terbina”



Disediakan Oleh : Muhammad Nabil bin Nasir
Setiausaha (Unit Promosi) Bazaria Mutiara 2017

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhwah, Teguh Wehdah”
“Rabbani, Thaqafi, Khairi”



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963