MUTIARA THAQAFI : Kenali Al-Farabi


Ahli Falsafah Dan Ilmuwan Islam Terkemuka pada zamannya.Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Uzlaq Al-Farabi. Dilahirkan di Farab, tahun 257 H / 870 M dan wafat di Haleb (Aleppo) pada tahun 339 H / 950 M. 

Terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi, berpengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. 

-Istimewanya AL-FARABI,

Terdidik dengan sifat qanaah menjadikannya seorang yang amat zuhud. 

Beliau terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. 

Antara hasil karyanya ialah ilmu logika, fisika, ilmu jiwa, metafisika, kimia, ilmu politik, musik, dan lain-lain.Tapi kebanyakan karya–karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab telah hilang dari peredaran dan hanya sekitar 30 buah karya yang masih tersisa. Diantaranya: 

Ø Agrad al Kitab ma Ba’da Tabi’ah (Intisari Buku Metafisika) 

Ø Al–Jam’u Baina Ra’yai al–Hakimaini (Mempertemukan dua pendapat Filusuf :Plato dan Aristoteles) 

Pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini seperti dalam hal filsafat kenegaraan, Al-Farabi membahagikan negara kepada lima bentuk: 

1. Negara Utama (al-madinah al-fadilah), iaitu negara yang penduduknya berada dalam kebahagiaan. Menurutnya negara terbaik adalah negara yang dipimpin oleh rasul dan kemudian oleh parafilusuf. 

2. Negara orang – orang bodoh (al-madinah al-jahilah), iaitu negara yang penduduknya tidak mengenal kebahagiaan. 

3. Negara orang – orang fasik (al-madinah al-fasiqah), yakni negara yang penduduknya mengenal kebahagiaan, Tuhan dan akal ( Fa’alal-madinah al-fadilah), tetapi tingkahlaku mereka sama dengan penduduk negeri yang bodoh, seperti penduduk utama. 

4. Negara yang berubah – ubah (al-madinah almutabaddilah), ialah negara yang penduduknya semula mempunyai pemikiran dan pendapat seperti yang dimiliki Negara utama, tetapi kemudian mengalami kerosakan. 

5. Negara sesat (al-madinah ad-dallah), iaitu negara yang penduduknya mempunyai konsepsi pemikiran yang salah tentang Tuhan dan akal Fa’al, tetapi ketua negaranya beranggapan bahwa dirinya mendapat wahyu dan kemudian ia menipu orang banyak dengan ucapan dan perbuatannya. 



Disediakan oleh :Biro&Unit Pendidikan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2012/2013

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963