TINTA BIAH SOLEHAH : TAUTAN UKHUWAH


Mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhuwah merupakan suatu perbuatan yang AMAT MULIA. Allah SWT menyatakan persaudaraan sebagai sifat kaum mukminin dalam kehidupan di dunia dan di akhirat seperti dalam firman-Nya

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوْا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ

Mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka perbaikilah hubungan antara kedua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”    (al-Hujarat: 10).

HAK-HAK DAN KEWAJIPAN DALAM UKHUWAH:

ü Menyapa dan memberi salam ketika bertemu.

ü Menghadiri undangannya.

ü Jika diminta memberi nasihat, maka nasihatilah.

ü Mendoakan ketika bersin.

ü Menziarahi ketika sakit.

ü Mengiringi jenazahnya.

ü Menjaga rahsia dan menutup aib.

ü Mendamaikan/menolong sesama muslim.


Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,bukan terletak pada manisnya ucapan dibibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.
 -IMAM AL-GHAZALI-

“Barangsiapa menjalin hubungan persaudaraan di jalan Allah, Allah akan tinggikan darjatnya dalam syurga yang tak dapat dicapai dengan sesuatu dari amalnya.”(H.R ibnu Abi Dunya dan Dailamy)

“Rahim(tali persaudaraan)itu digantungkan pada Arasy, ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku, maka Allah pun akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.”(shahih muslim)


Disediakan oleh : Unit Biah Soleh Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sesi 2012/2013

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963