RIBAT PMRAM Sempena IHTIRAM Disambut Meriah

Dataran Hayyu Asyir (H10)
 KAHERAH, 11 Ogos 2012 - Kedatangan Ramadan menjanjikan sajian pentarbiahan kepada uamt Islam membentuk jiwa dan hati kehambaan menilai erti kesyukuran di atas segala nikmat yang diberikan.

Untuk menghargai keindahan Ramadan kali ini , Lajnah & Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2012 telah menyusun beberapa pengisian khusus di dalam program Ihya' Tarbawi Ramadan PMRAM ( IHTIRAM'12 ).

RIBAT PMRAM menjadi pembuka tirai IHTIRAM'12 kali ini. Program bermula dengan Sahur Jamaie kemudiannya disusuli dengan solat subuh berjemaah dan penutup tirainya diisi dengan tazkirah oleh Saudara Mohd Azlan Haji Alias selaku Penasihat PMRAM 2012.

"Usah gentar untuk bersama-sama dengan PMRAM kerana dasar yang dibawa adalah al-Quran dan Sunnah, maka atas dasar inilah PMRAM perlu dipertahankan oleh seluruh mahasiswa mahasiswi Islam di Perlembahan Nil ini" antara petikan pesanan yang diberikan di dalam tazkirahnya.

Penyampaian yang cukup bertenaga daripada beliau dengan beberapa intipati bermanfaat buat seluruh mahasiswa Islam. Sambutan RIBAT PMRAM kali ini membuktikan bahawa kesatuan yang terbina di kalangan ahli PMRAM tidak pernah luntur bahkan terus utuh sehingga kini.

Kebersamaan seluruh ahli bersama PMRAM adalah kunci kekuatan kesatuan ini mampu menelusuri rencah kehidupan dunia mahasiswa sehingga menjangkau 80 tahun usianya. Komitmen yang diberikan oleh setiap peringkat dalam menjayakan IHTIRAM'12 ini menjadikan satu momentum terbaik untuk melestarikan kebersamaan di segenap peringkat.

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL