Seorang wartawan Jepun memeluk Islam di Syria semasa membuat liputan.

Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di hadapan para pejuang Syria. Dalam sebuah video yang dimuat naikkan di dalam Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sepet, seorang wartawan Jepun melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan mujahidin dari Batalion Mamduh Julha yang bergerak aktif di gunung Al-Turkman di sempadan Syiria-Turki.

Menurut laporan, beliau memeluk Islam setelah tersentuh melihat sikap baik para mujahidin ketika beliau sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dia mengucapkan syahadah dengan dibimbingi oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah gembira. Kini beliau bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syiria.

Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Dia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Dia nampak sangat serius ketika mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan.


Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963