LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT




LAPORAN JAULAH KAHERAH IKHWAH & AKHAWAT

Kaherah, 2 Oktober 2016 – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Kaherah Akhawat yang melibatkan mahasiswi baru seramai 19 orang pada 24 Seprember 2016 dan Jaulah Kaherah Ikhwah yang melibatkan mahasiswa baru ikhwah seramai  32 orang pada 1 Oktober 2016. 

Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dari perkarangan asrama rumah Pulau Pinang dan tiba di Giza pada jam 8.45 pagi. Di Giza ini terdapat tinggalan sejarah iaitu piramid yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Firaun mengarahkan rakyatnya membina piramid sebagai makamnya. Destinasi seterusnya ke Masjid Amru al-Asr. Masjid tersebut merupakan merupakan masjid yang kedua terbesar dan bersejarah selepas Masjid al-Azhar. Usai solat dan makan, peserta jaulah diberi penerangn berkaitan sejarah masjid ini. 

Destinasi yang kedua ialah Citadel Salah Ad Din atau dikenali dengan Kubu Salahuddin al-Ayubi. Kubu ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berdekatan Medan Saiyidah Aisyah. Pembinaan kubu ini hasil dari cetusan idea Sultan Nasir Salahuddin Al-Ayubi. Ianya dibina pada tahun 1183M. Bermula zaman Kardif Ismail kawasan kubu tidak lagi digunakan sebagai pentadbiran dan menjadi tugu sejarah sebagai kawasan pelancongan.





Seterusnya, peserta jaulah dibawa ke sungai Nil. Sungai ini menjadi saksi kisah Nabi Musa yang dihanyutkan ibunya dan akhirnya diselamatkan oleh Asiah, isteri Firaun. Sungai Nil merupakan sumgai kedua terpanjang di dunia. Setelah sampai di sungai Nil, peserta menaiki kapal layar menikmati keindahan sepanjang sungai Nil. Kira-kira jam 6.15 malam, rombongan jaulah selamat tiba di asrama Pulau Pinang. 

Tergambar keletihan namun terselit kepuasan di setiap wajah peserta. Di harap jaulah ini dapat memberikan pengalaman dan penambahan berkaitan sejarah kepada peserta.





 Disediakan oleh: Unit Sambutan dan Rehlah BKPPPM 2015/16

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963