Artikel Terkini :
Home » , , , , , , » PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME




PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME
Allah berfiman didalam surah Ar-Rum ayat ke 39 yang bermaksud,
.Artinya : “ Dan riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bartambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keridaan Allah, maka itulah orang – orang yang melipatgandakan (pahalanya).

Pengenalan:
  •  Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t
  • Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.
Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :
  • ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.
  • BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.
Cara Mendapatkan Harta :
  • ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.
  •  BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.
Peranan Pihak Berkuasa:
  • ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Campur tangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungi dan menjamin kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.
  •  BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang.
 Sistem Percukaian :
  • ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.
  • BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).
 Prinsip permuafakatan :
  • ISLAM : Menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.
  • BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Selain itu campur tangan diantara kerajaan juga adalah bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.
Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :
  • ISLAM :  Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t
  • KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.
Prinsip Berkerja dan Ganjaran :
  • ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia mejadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
  • BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.
Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :
  • ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.
  • BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.
 Matlamat Ekonomi :
  • ISLAM  : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak.
  • BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya.


Akhir kalam,majulah ekonomi untuk islam .Sempena imtihan yang bakal dihadapi ,semoga para sahabat berusaha sehabis daya seterusnya diiringi dengan tawakkal dan doa ,mudah - mudahan Allah memberi kejayaan di dunia dan akhirat kelak.


Disediakan oleh,
Biro Ekonomi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir





Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM