Kunjungan Mahabbah Bersama Syeikh Rifaat Fauzi Abd Mutalib


KAHERAH, 25 Mei- Dalam meneruskan usul yang disepakati bersama dalam Muktamar Sanawi ke -78 yang lepas iaitu “Meneruskan kelangsungan Mahasiswa Islam di Mesir, maka Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011 (BPAP) mengambil langkah dengan menjalinkan hubungan baik bersama masyaikh yang berada di bumi Anbiya’.

Dalam pertemuan yang diadakan pada jam 1.00 tengahari tadi bertempat di Maktabah Syeikh Rifaat Fauzi Abd Mutalib di Hayyu Zohor,perbicangan dan pendapat mengenai keterlibatan mahasiswa Malaysia dalam meningkatkan thaqafah.

Beliau merupakan seorang pensyarah Bidang Syariah di Kuliah Pengajian Islam Universiti Kaherah Mesir.

Pertemuan yang telah diaturkan oleh Saudara Ahmad Zamzami bin Che Daud selaku Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2011 secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi hubungan di antara PMRAM dan masyaikh di bumi anbiya’.

Turut serta bersama dalam pertemuan tersebut Saudara Mohammad Abdul Malik bin Abdul Karim yang merupakan anggota Penasihat PMRAM 2011 .

Diakhir pertemuan tersebut, beliau menyampaikan kalam motivasi sempena peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Malaysia di bumi Anbiya ini.Klik disini


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL