Mumtaz Matlamat Kami !!!!



Untuk Berjaya & Gembira

Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama, menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan. Bagaimana? Di bawah ada 9 tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu…

• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu
kedamaian jiwa serta minda anda.

• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang
anda temui.

• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru merasakan ada sesuatu
yang istimewa dalam diri mereka.

• Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan
cuma mengidamkan yang terbaik.

• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah
kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang
pada masa hadapan.

• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga
anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.


KATA-KATA SEMANGAT

Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan ."



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL