PMRAM Cakna Agenda Pendidikan


KAHERAH, 25 Mei - Hubungan PMRAM bersama pihak pentadbiran Universiti Al-Azhar dirapatkan lagi dengan kunjungan Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 Saudara Ahmad Daniel Hassan.

Kunjungan yang diadakan bagi membincangkan masalah mahasiswa Malaysia yang menuntut Universiti Al-Azhar tersebut disambut baik oleh Dekan-dekan Kuliah di Universiti Al-Azhar.

Antara masalah yang dibincangkan ialah kesukaran mahasiswa bagi memahami “bahasa 'amiah” (dialek arab Mesir) yang dituturkan oleh sebahagian pensyarah disini. “Kami akan sentiasa memperingatkan semua pensyarah disini agar bertutur dengan bahasa arab yang fushah” ujar Dekan Kuliah jurusan Usuluddin, Dr. Bakar Zaki Iwad.

Pihak Pentadiran Al-Azhar sangat mengalukan-alukan kerjasama dari pihak PMRAM bagi memastikan kecemerlangan mahasiswa terjamin. “ Kerjasama seperti ini akan sentiasa diberi perhatian yang optimum” Ujar Dekan Kuliah Bahasa Arab, Dr Muhammad Muhammad Khatib

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963