IHTIRAM`13 : JANA KEKUATAN TARBIYYAH

Tahsin Al-Quran bersama syeikh
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan oleh Allah taala kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW dan tidak pernah dikurniakan pada umat sebelum ini. Padanya mengandungi nilai yang tinggi, terkandung segala kebaikan dan ganjaran yang diberikan berlipat kali ganda oleh Allah taala. Menyedari akan hal itu Biro dan Unit Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) sesi 2012/2013 mengambil manfaat di bulan Ramadhan ini untuk menghidupkannya dengan mengadakan program yang diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2013 IHTIRAM`13. Sasaran IHTIRAM`13 pada sesi kali ini ialah semua ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan tema ‘ Madrasah Ramadhan Manifestasi Tarbiyah’ selaras dengan PMRAM Pusat.

Berikutan itu, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu Ahli Jawatankuasa IHTIRAM`13 telah memutuskan untuk menjalankan aktiviti mengikut fasa-fasa di bulan Ramadhan iaitu fasa rahmah, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan dan melancarkan lagi setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti IHTIRAM 13 pada kali ini dibahagikan pada dua jenis iaitu umum dan khusus.

Perasmian IHTIRAM`13
IHTIRAM`13 telah dibuka dengan majlis perasmian telah dijalankan pada 2 Ramadhan dan telah dirasmikan oleh BP angkat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir. Setelah selesai perasmian maka bermulalah aktiviti IHTIRAM`13. Antara aktiviti umum yang dijalankan ialah tadarus Al-Quran yang dijalankan pada setiap hari selepas solat subuh. Selain itu juga, solat taraweh berjemaah juga diadakan dan diselitkan dengan tazkirah harian ramadhan. Disamping itu, pihak IHTIRAM`13 juga menganjurkan iftor jamaie dan sahur jamaie hasil sumbangan orang ramai. Kuiz dan risalah Ramadhan juga telah dikeluarkan oleh unit pengisian IHTIRAM`13 pada setiap fasa dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ahli BKPPPM.


Majlis berbuka puasa
Antara aktiviti khusus yang dijalankan pula ialah Tazkirah Grand yang mana pentazkirahnya dijemput khas dari tokoh-tokoh mahasiswa. Selain itu juga, ziarah mahabbah syeikh juga turut serta diadakan. Aktiviti ini diadakan pada fasa pertama bulan Ramadhan. Ikhwah telah menziarahi syeikh Saad Saad Jarwish manakala akhawat menziarahi Syeikh Rifaat Fauzi. Selain itu, IHTIRAM`13 juga telah mengadakan sesi tahsin surah Al Fatihah bersama syeikh jemputan. Program ini bertujuan memperbetulkan bacaan Al-Quran terutama surah Al Fatihah. Antara pengisian lain, IHTIRAM`13 telah mengadakan lantunan mahabbah dengan menjemput kumpulan qasidah Fathul Mubin dari bkan Kedah. Bersempena majlis sambutan Nuzul Al Quran pula, IHTIRAM`13 dengan kerjasama Biro Pendidikan telah mengadakan majlis bacaan hadis mengenai kelebihan Al Quran dari kitab hadis Sahih Bukhari bersama Syeikh Rifaat Fauzi.

IHTIRAM`13 melabuhkan tirai dengan majlis khatam Al Quran dan perasmian penutup yang telah dirasmikan YDP BKPPPM sesi 2012/13 Saudara Azwan Azman. Mudah-mudahan madrasah Ramadhan yang kita lalui pada tahun ini memberi impak yang besar dalam kehidupan yang mendatang.


Disediakan Oleh : Setiausaha merangkap Unit Promosi IHTIRAM`13 BKPPPM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL