LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2016/2017 & PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK






LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2016/2017 & PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK


12 November 2016, Telah berlangsung Majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir & Hewi sesi 2016/2017 di dewan Soleh Al-Masri. Majlis bermula pada pukul 7:00 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Mohamad Fadzil Bin Zahadi dan seterusnya disusuli dengan ucaptama oleh Yang Di Pertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang sesi 2016/2017 saudara Ahmad Fariz bin Mohd Zaini.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan setiap Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhamad Taufiq Bin Mad Ali diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Muhamad Amer Shafiq Bin Azanuar Yusri, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhamad Syamim Bin Daud dan diakhiri dengan Ketua Jabatan Bendahari Agung oleh saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkolompok oleh pemangku Ketua Jabatan Fasilitator (JATA) saudara Saiful Rizwan Bin Mahmud. Sejurus daripada itu, majlis ditutup oleh pengerusi majlis dengan bacaan kafaratul majlis dan surah Al-Asr pada pukul 10:00 malam. Majlis berakhir dengan bergambar secara beramai-ramai dan jamuan makan.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Ahli Jawatan Kuasa Tadbir & Hewi untuk membentangkan kepada ahli tentang pembawaan jabatan & lajnah masing-masing disamping menjayakan misi dan visi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir bagi sesi kali ini. Akhirnya, marilah bersama-sama kita membantu, menyokong dan mendokong usaha setiap jabatan & lajnah dalam menjalankan tanggungjawab membentuk persatuan yang berkebajikan, rabbani dan berthaqafah.



“ MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN ”
“ RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH ”
“ RABBANI THAQAFI KHAIRI ”



Disedikan Oleh :

SAFMEEZOOL AMEER BIN SATAR
(Pengarah Combo Campaign Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2016/2017)



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963