RAMAH MESRA BERSAMA TKM 1 MERIAH


KAHERAH, 22 November 2012 : Ramah Mesra bersama YB. Dato` Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 dan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang berlangsung meriah  anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ). Majlis yang diadakan pada 19 November itu telah berlangsung di Dewan Kristal Sally Mall.

Majlis yang dihadiri lebih dari 150 orang anak-anak Pulau Pinang dari seluruh muhafazah bermula pada Jam 8.00 malam dengan nyayian Nasyid Asma Ul-Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi Pulau Pinang. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan Al-Quran oleh Saudara Basri B. Abdul Rasyid pelajar Maahad Qiraat Shuobra.

Kalam pembuka pada majlis tersebut telah disampaikan oleh Saudara Azwan B. Azman, Yang Dipertua BKPPPM. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli delegasi di atas kesudian mereka menjenguk anak-anak Pulau Pinang di Mesir ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YB. Dato` Mohd Salleh Man Yang Dipertua MAINPP dan diikuti dengan ucapan oleh YB. Dato` Abdul Malik Abul Kasim Exco Hal Ehwal Agama serta amanat emas yang disampaikan oleh YB. Dato` Dr. Mansor Othman. Beliau dalam ucapannya menasihati agar kita perlu mengambil ibrah dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam pada itu juga, beliau berharap agar kita dapat memberi sumbangan kepada masyarakat apabila pulang ke Malaysia khususnya di Pulau Pinang.


Ramah Mesra bersama delegasi diteruskan dengan soal jawab, lebih dari 3 soalan telah diajukan dan mendapat respon yang baik daripada pihak kerajaan negeri. Setelah selesai ramah mesra, pihak BKPPPM menyampaikan sedikit cenderamata tanda kenang-kenangan di atas kesudian pihak kerajaan negeri yang sudi datang ke Mesir ini.

Majlis yang penuh meriah ini berakhir dengan jamuan makan sambil mendengar halwa telinga yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Al-Wadi PMRAM. Seluruh Ahli Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempat beramah mesra semasa jamuan makan dan bergambar bersama anak-anak Pulau Pinang sebelum Pulang.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL