PENGUMUMAN TAWAQUF PROGRAM SETIAP PERINGKAT


Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sentiasa memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam sama ada dalam bentuk pendidikan dan seumpamanya.
Peringkat PMRAM dibawah Lajnah & Unit Perancang dan Panitia telah menetapkan bermula 6 November 2012 segala aktiviti dan program yang melibatkan keterlibatan semua ahli ditangguhkan sementara waktu.
Ini kerana memberi laluan kepada mahasiswa Islam untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan fasa satu tidak lama lagi.
Hanya aktiviti yang berbentuk akademik sahaja boleh diadakan sebagai membantu ahli seperti kelas tutorial , ceramah, motivasi dan sebagainya.
Semoga masa dan ruang waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh ahli PMRAM bagi melakar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak.


Zulhafeez Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden
Lajnah Perancang & Panitia
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963