MERDEKA SOCCER TOURNAMENT BKPPPM 2017






MERDEKA SOCCER TOURNAMENT BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017

         KAHERAH-19 OGOS 2017, Julung kalinya Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan “Merdeka Soccer Tournament” di bawah seliaan Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS) BKPPPM sesi 2016/17 yang bertempat di padang futsal Liverpool berokjektifkan menyemai semangat kesukanan disamping memperingati kemerdekaan tanah air tercinta.

Sebanyak 4 pasukan telah menyertai iaitu Kaki Tausil FC, Qheba FC, Mamu Sabi’ek FC dan Black Panthers FC  bagi merebut kejuaraan yang dipertandingkan. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 4:00 petang dengan kehadiran ahli dan diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh saudara Dr Muhamad Iman Bin Fadzil Selaku Ketua Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Sesi 2016/17.

Pembukaan pertandingan  dimulakan  dengan sepakan mula antara pasukan daripada AJKT BKPPPM  menentang peserta. Perlawanan diteruskan antara Kaki Tausil FC menentang Qeba FC dengan keputusan Seri 0-0. Semua perlawanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kecederaan berat yang berlaku dan berakhir pada jam 8:30 malam. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir ialah Black Panthers FC menetang Qheba FC dengan keputusan seri 1-1 dan diakhiri dengan pasukan Black Panthers FC menjuarai pertandingan tersebut melalui sepakan penalti.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh saudara Muhammad Jasry Raimy Bin Johari AJK penasihat sesi 2016/17. Sesi bergambar beramai-ramai dijalankan bagi melabuhkan tirai pertandingan pada hari tersebut. Semoga dengan pertandingan yang dianjurkan dapat mengeratkan jalinan ukhuwah sesama ahli disamping menanam semangat cintakan tanah air dan patriotik.

Disediakan oleh :

(Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan BKPPPM sesi 2016/17)

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"


Comments

Popular posts from this blog

PENYAKIT HATI DI AKHIR ZAMAN

[TINTA MUTIARA | AGAR REZEKI TIDAK LAGI MISTERI]

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram