LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH


LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH


Firman Allah S.W.T:

( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق )

Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53)

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah  (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah Iskandariah khusus buat Mahasiswa/wi baru dan terbuka kepada ahli BKPPPM yang lain.

Jaulah ke Iskandariah telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Julai 2017 buat akhawat dan 29 Julai 2017 buat ikhwah, peserta di sebelah akhawat seramai 22 orang serta diiringi empat orang musyrif, manakala sebelah ikhwah seramai 26 orang.

Jaulah dimulakan seawal 6.30 pagi bertolak ke Iskandariah dan dibawa oleh musyrif ke destinasi yang masyhur iaitu Muntazah, Qal'ah, Library Alexandaria dan seterusnya menziarahi maqam para Ulama' dan Auliya' yang terdapat di sekitar Iskandariah antaranya maqam Imam Abu Abbas Al-mursi, Imam Busairi dan lain-lain lagi. Semua peserta melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang dikunjungi.



Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jaulah Iskandariah yang telah direncanakan ini. Semoga jaulah Iskandariah yang telah diadakan ini  dapat mengerat dan mengukuhkan  lagi ukhuwah sesama mahasiswa/wi baru dan akan terus kuat bagi meneruskan perjuangan Islam di samping menambahkan thaqafah.

Disediakan Oleh :
Unit Sambutan & Rehlah (USR) BKPPPM sesi 2016/2017


" MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "
" RIBAT UKHUWAH, TEGUH WEHDAH "
" RABBANI THAQAFI KHAIRI "

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963