Kepulangan Bekas Pengerusi Felo MANHAL- Jasamu Dikenang

Ustaz Hanif (berbaju hitam)
KAHERAH, 9 Mei -Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM mengucapkan sekalung penghargaan kepada jasa dan bakti Ustaz Mohd Haniff bin Haron yang telah dicurahkan selama hampir dua tahun memegang amanah sebagai Pengerusi Felo MANHAL PMRAM yang bermula sejak 23 Ogos 2010 sehingga 22 April 2012 yang lalu.

MANHAL atau nama penuhnya Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan merupakan satu badan yang bernaung di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan BPAP PMRAM yang bertindak sebagai pusat yang mengumpul dan mengeluarkan bahan kajian ilmiah.

Ustaz Mohd Haniff bin Haron telah selamat berangkat pulang ke tanah air pada jam 6 petang semalam . Keberangkatan pulang beliau diiringi oleh rombongan AJKT BKPPPM dan puluhan rakan-rakan yang lain.

Beliau merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang dan belajar dalam bidang Usuluddin (Hadith), Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau pernah menyandang jawatan Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM dari tahun 2007 sehingga 2009. Beiau juga menerima amanah selaku penasihat BKPPPM bagi sesi 2009/2010.

Turut dibanggakan beliau merupakan salah seorang anak melayu yang dijemput sebagai tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar As-Syariff. Kitab yang diajarkan oleh beliau adalah subjek Mustolah Hadis iaitu kitab Matan Al-Baiquniah.

Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Imam Syafie (MSI) di bawah kelolaan Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM. Beliau banyak menyumbang ilmu kepada mahasiswa dan mahasiswi ketika mana dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas-kelas pengajian seperti tafaqquh fiddin, kelas tutorial, diskusi kitab, pembentangan kertas kerja ilmiah dan lain-lain.

Segala idea, tenaga, konsistensi dan segala bentuk usaha untuk memastikan setiap amanah yang diberikan kepada beliau berjalan dengan lancar amat dihargai. Pihak PMRAM amat berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang beliau curahkan. Kepulangan beliau merupakan sebuah kehilangan yang bernilai buat mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil.

Semoga beliau mendapat ganjaran disisi Allah SWT dan dimudahkan segala urusan kehidupan di Malaysia untuk menegakkan agama Allah SWT.

"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL