LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR




          

          21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)  bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan tirainya.

Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung selama 5 hari, bermula dari  17 Julai sehingga 21 Julai 2018 di  Dewan Soleh Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu Thaqafah dan Fikrah.

Wacana : Asal Usul Ideologi

Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh saudara Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil selaku penasihat BKPPPM sesi 2017/2018. Majlis diteruskan dengan pengisian yang pertama iaitu wacana yang bertajuk ‘Asal Usul Ideologi’ yang dikelolai oleh Saudara Muhammad Zulhaniff Bin Mohamed Anas selaku moderator dan Ustaz Mohd Sharul Bin Malik selaku penyampai Wacana pada majlis tersebut .

Pada hari yang berikutnya, 18 Julai 2018, FACULTY'18  meneruskan agenda program pada hari kedua dengan menganjurkan pertandingan pidato di Asrama  Pulau Pinang. Pertandingan tersebut berlangsung selepas solat asar bertempat di syaqqah 10 bagi ikhwah, manakala bagi akhawat bertempat di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM. Di sebelah malamya, telah berlangsung  kelas tafaqquh Madrasah Al-Imam Abdullah Ibnu Mubarak (MAIM) membahaskan kitab "تعليقات عبدالسلام على جوهرة التوحيد " yang disampaikan oleh Syeikh Habibullah Hassan Ahmad bertempat di Musolla Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu Sabik anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri.

Pertandingan Pidato
19 Julai 2018, pada jam 8 malam berlangsungnya Ceramah Liberalisme dan Sekularisme yang disampaikan oleh Saudari Dr. Nur Syazwin Binti Muhammad Shukri (Mahasiswi PERUBATAN tahun 6, Universiti Kaherah) di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM. Pada keesokkan harinya, FACULTY'18 meneruskan tentatif program pada hari keempat di sebelah malam dengan Diskusi Kitab yang bertajuk "Fahaman Dan Ideologi Umat Islam" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Jasry Raimy Bin Johari (Ajk Penasihat BKPPPM sesi 2017/2018) juga bertempat di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM.

21 Julai 2018, FACULTY '18 telah mengadakan aktiviti outdoor pada waktu pagi  bertempat di padang Futsal Arena Champion, Hayyu Safarat bagi ikhwah,  manakala bagi akhawat pula, di rumah sewa ahli sekitar premis BKPPPM. Tentatif program diteruskan pada jam 8 malam dengan  diadakan Talkshow "Isu Semasa Dan Tindakan" yang menampilkan dua ahli panel iaitu Dr. Ahmad Shahir Bin Ahmad Jalaludin yang merupakan Presiden PERUBATAN  sesi 2018/2019 dan Ustazah Sofia Alwani Binti Ali ( tahun 4 kuliah Bahasa Arab Universiti Al-Azhar) . Talkshow tersebut dikendalikan oleh moderator Saudari Nurul Syahirah Binti Ahmad Rajli.


Usai Talkshow, majlis diteruskan dengan majlis penutupan FACULTY '18 dengan ucapan penutupan oleh timbalan pengarah Ustazah Khairunnisa Binti Saidon. Selepas daripada itu, FACULTY '18 menyampaikan hadiah bagi pertandingan pidato dan pemenang kuiz program serta hadiah bagi setiap kumpulan ikhwah dan akhwat.
Majlis berakhir dengan tayangan video yang terpilih daripada setiap kumpulan ikhwah dan akhawat dan juga video sepanjang program.

Semoga FACULTY ’18 yang telah berlangsung selama 5 hari ini  dapat memberi kesedaran kepada semua mahasiswa dan  mahasiswi akan bahayanya serangan pemikiran dan ideologi yang bercanggah dengan Islam disamping memahami isu- isu semasa dengan lebih terperinci agar tidak menjadikan fahaman yag songsang sebagai ikutan mahupun anutan.




Disediakan Oleh : Setiausaha FACULTY `18 (Fiesta Conference Of Thaqafi)
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963