BAZARIA MUTIARA `15 : IQTISODIAH ISLAMIAH, INSPIRASI SUNNAH





       RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIE’ – 15, 16, 17 & 18 MAC 2015: Belum sempat menghilangkan lelah selepas bersama-sama menjayakan Hari Keluarga (MAX’IS 15), seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena BAZARIA MUTIARA’15 yang bermula pada 15 Mac 2015 sehingga 18 Mac 2015 yang bertemakan “Iqtisodiah Islamiah, Inspirasi Sunnah” yang dikelolakan oleh saudara Muhammad Hanif Bin Ramli (Pengarah), Saudari Nur Adilah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah) dan kesemua adhoc pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini. Bazar yang berlangsung selama empat hari itu menampakkan kemeriahan sesuai dengan konsep “Walimatul ‘Urus” pada tahun ini dan tidak dilupakan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus dari waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam.

YDP, Presiden PMRAM & Penasihat PMRAM



Badan Pengurus PMRAM




Bakal HEWI PMRAM.

      Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai BAZARIA MUTIARA’15 pada kali ini. Antaranya nasi kandar, laksa Penang, char kuey teow, pasembor, yong tau fu dan banyak lagi. Keterlibatan taakhi BKPPPM dari Pmram Cawangan Kelantan turut menjadi keistimewaan BAZARIA MUTIARA’15 pada kali ini apabila menu dari Pantai Timur turut menjadi pilihan pengunjung seperti nasi kerabu dan lain-lain. Tidak ketinggalan taakhi dari DPM Pmram Cawangan Shoubra dengan menu daripada mereka, nasi ikan keli Mutiara dan lain-lain. Gerai air Abang Tanjung tidak menang tangan dalam dalam menyediakan pelbagai jenis minuman seperti Ice Blended, lai chi kang, cendol, air soya dan banyak lagi.

     BAZARIA MUTIARA’15 diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP seperti Ustaz HanifulFuad Bin Hussain (Presiden PMRAM 2014), Ustaz Ahmad Baihaki Bin Abd Rashid (Penasihat PMRAM 2014), Barisan Badan Pengurus PMRAM 2014, Barisan Kepimpinan AJKT PMRAM Cawangan Kelantan & PMRAM Cawangan Shoubra, Majlis Tertinggi Perubatan (MTP) dan ramai lagi. Turut memeriahkan, kehadiran daripada Barisan Bakal Badan Pengurus PMRAM dan Bakal Hewi PMRAM yang bakal menggalas amanah dan tanggungjawab tidak lama lagi. 



PMRAM Cawangan Shoubra

PMRAM Cawangan Kelantan


       









      BAZARIA MUTIARA’15 melabuhkan tirai pada jam 10.00 malam bersamaan 18 Mac 2015. Gotong - royong dan kemaskini terus dijalankan seusai tamatnya program mega tersebut. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada seluruh ahli BKPPPM dan tidak dilupakan kepada pihak luar yang turut membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. 
Jazakumullahu Khairan Jaza’

Kalau ada sumur diladang,
Bolehlah kita menumpang mandi
 Kalau ada umur yang panjang, 
InsyaAllah, BAZARIA MUTIARA bertemu kembali. 

 “ Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan ” 
KITA PMRAM 

#BazariaMutiara’15 

 Disediakan oleh: Setiausaha Bazaria Mutiara 2015

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963