KRONOLOGI SALAH LAKU PENGGUNAAN LOGO DAN NAMA BKPPPM


20 Ogos 2013 : Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendapat panggilan dari Perdana Menteri supaya memulakan proses evakuasi sukarela melalui penerbangan biasa.

21 Ogos 2013 : Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPPPM mengadakan perjumpaan tergempar dan menubuhkan jawatankuasa evakuasi serta bersetuju melantik Saudara Azwan Azman Yang Dipertua BKPPPM sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

22 Ogos 2013 : Seramai 27 orang mahasiswa/si bertolak ke Asrama Rumah Melayu Abasiyyah (ARMA) untuk menunggu giliran penerbangan tetapi amat malang, mereka terkandas selama dua hari.

25 Ogos 2013 : Penerbangan pertama ahli BKPPPM berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) pada jam 4.30 petang, seramai 11 orang mahasiswa. Manakala penerbangan kedua menaiki pesawat Egypt Air seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang mahasiswa dan 9 orang mahasiswi.

26 Ogos 2013 : YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim mengadakan pertemuan dengan wakil BKPPPM di Malaysia. Hasil pertemuan tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau tahap keselamatan serta kebajikan anak Pulau Pinang di Mesir. Jawatankuasa Khas tersebut turut dianggotai oleh Saudara Faqrurrozi Abdullah selaku Ketua Penasihat BKPPPM.

27 Ogos 2013 : Seramai 29 orang baki terakhir dalam senarai peserta Evakuasi Sukarela 2013 bagi Negeri Pulau Pinang berlepas. Mereka yang terdiri daripada 18 orang mahasiswa, 6 orang mahasiswi dan diiringi 5 orang AJKT BKPPPM.

28 Ogos 2013 : Kepulangan peserta evakuasi disambut oleh wakil BKPPPM di KLIA dan turut disambut oleh YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim Exco Kerajaan Negeri dan YB Dato' Ustaz Mohd. Salleh Man Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di perkarangan Masjid Seberang Jaya.

3 September 2013 : Diadakan satu perjumpaan antara wakil BKPPPM bersama Yang Dipertua MAINPP, YB Dato' Mohd. Salleh bin Man. Pertemuan tersebut turut dihadiri Tuan Haji Azman bin Abdul Samat, Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Encik Lukman Hakim bin Mokhtar selaku Penolong Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

6 September 2013 : Jamuan Aidilfitri BKPPPM dengan kerjasama ILMAM Pulau Pinang diadakan bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth.

12 September 2013 : BKPPPM telah menghantar senarai penuh peserta evakuasi sukarela seramai 83 orang kepada Encik Lukman Hakim b. Mokhtar, Penolong Pegawai Pendidikan JAIPP.

25-30 September 2013 : Sebahagian ahli BKPPPM mendapat panggilan daripada individu yang mengaku dirinya sebagai Ustaz Luqman MAINPP. Antara butiran panggilan tersebut adalah makluman berhubung bantuan tiket pulang ke Mesir. 

10 Oktober 2013 : Mendapat makluman daripada Encik Mohd Mustaqkim Sabri bahawa ada individu yang menggunakan logo dan nama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) untuk memohon bantuan tiket kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng. Setelah disiasat oleh JAIPP dan BKPPPM, didapati individu yang sama telah membuat panggilan palsu yang menyamar sebagai Ustaz Luqman MAINPP.

Pihak BKPPPM telah menghantar surat penafian ke atas logo dan nama BKPPPM kepada JAIPP. Untuk makluman, pihak persatuan juga akan mengambil tindakan ke atas individu tersebut.

Perkara ini, dengan membuat panggilan palsu dan menggunakan logo dan nama BKPPPM
tanpa persetujuan persatuan adalah bertentangan dengan Perlembagaan BKPPPM dalam Bab Ketiga, Fasal 3, Kewajipan Ahli :

Ceraian (i) Menjaga nama baik BKPPPM dan negeri Pulau Pinang.

Malah boleh menyebabkan hilang keahlian seperti yang termaktub dalam fasal 5 (i) :

Ceraian (2) Dipecat atau dilucutkan keahliannya dengan sebab-sebab : (a) Melanggar syarat-syarat dan kewajipan menjadi ahli.


















Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL