[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]

[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]
                      أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَاعْتَصِمُوْا  بِحَبْلِ  اللّٰهِ  جَمِيْعًا  وَّلَا  تَفَرَّقُوْا   ۖ وَا ذْكُرُوْا  نِعْمَتَ  اللّٰهِ  عَلَيْكُمْ  اِذْ  كُنْتُمْ  اَعْدَآءً  فَاَ لَّفَ  بَيْنَ  قُلُوْبِكُمْ  فَاَصْبَحْتُمْ  بِنِعْمَتِهٖۤ  اِخْوَا نًا   ۚ وَكُنْتُمْ  عَلٰى  شَفَا  حُفْرَةٍ  مِّنَ  النَّارِ  فَاَنْقَذَكُمْ  مِّنْهَا   ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ  اللّٰهُ  لَـكُمْ  اٰيٰتِهٖ  لَعَلَّكُمْ  تَهْتَدُوْنَ

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”
(QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 103)

Pada ayat ini, Allah telah menekankan agar orang-orang yang beriman supaya bersatu teguh serta mengukuhkan ukhuwah sesama kalian di dalam segala aspek sama ada dalam melaksanakan tugasan dakwah, tarbiah dan banyak lagi. 

Ukhuwah Islamiah itu memberi faham bahawa persaudaraan Islam hamba-Nya yang beriman dan bertakwa untuk menumbuhkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kemuliaan, dan rasa saling percaya terhadap saudara seakidah.

Pada hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam disebutkan:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ الْوَاحِدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan kaum Muslimin dalam saling mengasihi, saling menyayangi, dan saling menolong di antara mereka seperti perumpamaan satu tubuh. Tatkala salah satu anggota tubuh merasakan sakit, maka anggota tubuh yang lainnya akan merasakan pula dengan demam dan tidak bisa tidur.” (HR Bukhari-Muslim).

“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya”.

الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ لَا يخذلهُ ولا يحقره وَلَا يُسْلِمُهُ

“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin lainnya, dia tidak membiarkannya (di dalam kesusahan), tidak merendahkannya, dan tidak menyerahkannya (kepada musuh)”.

Bahkan apabila kita memperhatikan firman Allah, yang artinya: “Demi masa. Sesungguhnya semua manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal shalih, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”. (QS Al-‘Ashr: 1-3).

Jika kita memperhatikan firman Allah di atas, yang artinya, “dan mereka saling memberikan nasihat ”, ini juga termasuk fonemena keperluan kita kepada hidup berjemaah. 

Kerana saling menasihati tidak akan terjadi pada satu pihak saja, akan tetapi terjadi pada suatu kelompok antara satu dengan yang lain. Jadi pengamalan serta rutin saling mengingatkan, menasihati dan saling meluruskan akan terus berjalan demi menghasilkan ummah yang rabbani. 
Kenapa kita harus hidup berjemaah? 

Orang yang meletakkan dirinya dalam jema'ah tentunya akan lebih banyak hubungan dan networkingnya, jadi dengan itu hidupnya akan mudah beradaptasi. 

Dengan ini, segala bentuk permasalahan dalam kehidupan yang melanda akan banyak jema'ah yang menjamah atau mengulurkan tangan kepadanya sehingga masalah itu dapat diatasi dengan baik. 

Manfaat kehidupan berjamaah bukanlah hanya terbatas pada saat kita hidup, bahkan akan kekal sehinggalah dibangkitkan pada hari yang mana tiada yang boleh memberi naungan melainkan Allah sahaja iaitu dihari kebangkitan, perhitungan dan seterusnya. 

Islam juga menitikberatkan ummatnya dalam menyatupadukan bukan sahaja diri jasad mereka, bahkan hati-hati mereka. Jika kita lihat dari sudut solat, islam amat menekankan solat secara berjemaah, bahkan diberikan ganjaran yang besar buat mereka yang mendirikan solat itu secara berjemaah berbanding yang solat berseorang diri. 

Jadi, rumusan yang dapat dikecapi ialah kehidupan berjemaah ini dapat kita jadikan ia sebagai wasilah untuk memperolehi keberkatan yang mutlak milik Allah Ta'ala. Terdapat beberapa keberkatan didalam hidup berjemaah, iaitu :

-Keberkatan pada umur. 
-Keberkatan pada kehidupan berkeluarga. 
-Keberkatan pada rezeki. 
-Keberkatan pada jemaah. 
-Keberkatan pada ilmu. 

Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada Sang Pencipta iaitu Allah Ta'ala dengan mentaati segala perintah dan suruhannya serta meninggalkan segala bentuk larangannya. Mudah-mudahan dengan kehidupan berjemaah kita serta amal-amal kebaikan kita yang berbaki itu dapat memperolehi keberkatan Allah Ta'ala dan dijauhi daripada kemurkaannya.

……………………………………………………….................
Mohamad Aiman Ashraff bin Mohd Zamri 
( Lajnah Dakwah BKPPPM sesi 2022/2023) 
 
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” 
“Ukhuwah Dipateri, Thaqafah Diamati” 
 
#BKPPPM_KeluargaKita 
#Bersama_Bersatu                     

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL