LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40


LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40

KAHERAH, 19 OKTOBER 2017 - Bertempat di Dewan Soleh al-Masri, Hayyu Sabi’e, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-40 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “Syura Diaplikasi Kepimpinan Dirahmati”.

Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Arif Bin Muazmmil. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar pengajian Maahad Qiraat Shoubro saudara Muhammad Nor Saleh Bin M F Rahimi . Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke-40, Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir, Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-40 oleh Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 40 tahun ini memerlukan sokongan daripada ahli untuk menggerakkan BKPPPM mengikut posisi masing-masing dan menjadikan MAT sebagai medan terbaik untuk berbincang dan melontarkan idea yang bernas bertepatan dengan tema kali ini “Syura Diaplikasi Kepimpinan Dirahmati” demi memastikan perjalanan BKPPPM pada masa akan datang lebih baik. Perasmi mengakhirkan ucapan merasmikan program dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah bersama ahli.

Seusai ucapan perasmi, majlis diteruskan dengan pertunjukan gimik dan penyampaian cenderahati kepada perasmi program dan pembaca ayat suci al-quran. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada semua pengarah program dan AJK setiap Lajnah. Majlis ditangguhkan dengan bacaan kafaratul majlis, surah Al-Asr dan bergambar beramai-ramai.




HAYYU SABI’E, 22 OKTOBER 2017– Berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKPPPM kali ke-40 pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan ucapan pengerusi umum dan menjemput semua barisan kepimpinan sesi 2016/2017 ke dalam dewan persidangan bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat yang dikendalikan sepenuhya oleh Yang Dipertua, dimulai dengan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan diteruskan dengan pembentangan Laporan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2015/2016 oleh Setiausaha Agung Saudara Muhamad Hafizuddin Bin Mat Nasir. Selesai pembentangan, mesyuarat diteruskan dengan laporan gerak kerja setiap jabatan dan lajnah dimulai dengan Jabatan Yang Dipertua sehingga Lajnah Dakwah. Pelbagai persoalan dan penjelasan dibahaskan antara pimpinan yang terlibat dengan ahli perwakilan. Disamping itu, sesi pembentangan diselangi dengan cabutan bertuah daripada AJKT/H kepada ahli yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi bagi memberi ruang kepada ahli untuk solat zohor, makan dan rehat.

Mesyuarat disambung semula pada jam 1.00 petang, diteruskan dengan pembentangan gerak kerja lajnah seterusnya iaitu Lajnah Pendidikan, Lajnah Penerangan & Penerbitan, Lajnah Perumahan dan Lajnah Ekonomi. Semua yang hadir memberikan respon yang baik dan memberansangkan. Setelah selesai pembentangan gerak kerja setiap jabatan dan lajnah, persidangan ditangguhkan sementara untuk beri laluan solat asar dan diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan oleh saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli, Bendahari Agung sesi 2016/2017. Majlis diteruskan dengan pengesahan laporan kewangan dan diteruskan dengan sesi soal jawab berkaitan laporan kewangan.

Selesai sesi soal jawab, mesyuarat diteruskan dengan perlantikan saudara Muhammad Hanif Bin Ramli dan saudara Zul Arief Bin Zulkepli sebagai Juru Audit bagi sesi 2017/2018. Agenda mesyuarat diteruskan dengan pembentangan keberjayaan usul sepanjang sesi 2016/2017 dan berhenti pada jam 5:30 petang untuk solat maghrib.

Persidangan mesyuarat bersambung pada jam 6:00 petang dengan agenda terakhir iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan kelancaran untuk kepimpinan akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua bentuk muhasabah dan cadangan yang diberikan dengan hati yang terbuka dan akan berusaha mengatasi segala kekurangan yang ada. Kepada semua yang memberi respon diucapkan ribuan terima kasih dan pengerusi meneruskan dengan semua Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hewi diberi kesempatan untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan penutup oleh Yang Dipertua.

Antara ucapan Yang Dipertua, kepentingan mencari pelapis bagi meneruskan kesatuan BKPPPM demi menyambung legasi orang-orang terdahulu menjaga kebajikan pelajar Pulau Pinang dan mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru. Seterusnya, berlangsung gimik pembubaran jawatan oleh semua AJKT dengan menanggalkan kad AJKT. Seterusnya, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan kenaikan barisan kepimpinan sesi 2017/2018 dan gimik penyerahan tampuk kepimpinan kepada Yang Dipertua BKPPPM 17/18 saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi.

Berakhirnya pengumuman dan gimik tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-40 dan tampuk kepimpinan sesi 2016/2017. Akhir sekali majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua mantan AJKT sesi 2016/2017 dan kepada semua ahli lembaga penasihat BKPPPM sesi 2016/2017.

Pihak kami memohan ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea serta kerjasama yang baik dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini.

Harapan kepada semua ahli BKPPPM supaya kita tetap bersatu menjaga kesatuan dan memberi kepercayaan kepada barisan kepimpinan akan datang. Semoga bertemu semula pada MAT BKPPPM akan datang.

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kali ke-40


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Rabbani Thaqafi Khairi”



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963