Untuk Mu Islam Yang Ku Cintai


Untuk Mu Islam Yang Ku Cintai

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :

"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Daripada mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al Baihaqi

Dunia semakin tenat, saban hari ada sahaja cerita tentang bencana alam, pembunuhan, pepecahan daripada peperangan dan maksiat yang makin bermaharaja lela.Dunia semakin tenat dan tidak mampu untuk menanggung akan segala derita.

Fitnah semakin menjadi-jadi, kekejaman semakin berleluasa dan segala-galanya menjadi semakin tenat


Bila difikir kenapa perkara ini berlaku? Kerana kita memang sudah di akhir zaman...

Manusia yang bergelar islam semakin ramai, tetapi yang menentang dan tidak menurut perintah Allah juga semakin ramai hatta ia bergelar Islam..

” Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.-Hadis Riwayat Muslim

Realiti umat Islam sekarang, yang kelihatannya ramai tetapi sedikit demi sedikit mengikut jejak langkah dan cara hidup orang Yahudi dan nasrani
  
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :

"Islam itu mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing semula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing"

Apabila disebut sahaja mengenai Islam, ia nampak pelik, apabila ada pihak-pihak atau individu yang cuba mengamalkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup ia akan dilihat dengan pelik..
  
Walaupun sesama orang Islam sendiri, inilah juga yang dikatakan seperti buih-buih di lautan, seolah-olah tidak berguna dalam membawa panji-panji islam
  
Inilah dunia sekarang, makin tenat dan kebanyakan umat Islam yang ada pun turut sama menyumbang kepada ketenatan ini..

Wahai saudaraku, sedarkah kita akan ini semua? Adakah kita masih leka dibuai mimpi-mimpi indah, dengan lamunan betapa indahnya dunia yang hanya sementara? Bangunlah dari lamunan wahai pejuang Islam daripada mimpi yang panjang. Buka mata dan lihat lah? Apakah tujuan diberi kehidupan, hanya untuk diri sendiri atau untuk Maha Pencipta? Lupakah kita pada janji yang pernah di lafazkan? Mengajak  pada jalan kebaikan, mencegah pada jalan kemungkaran. Hanya mereka yang benar tahu akan ertinya hidup ini, mengerti dan menghargai dengan nafas dan jasad yang diberi.

Ketika Ajal sedang menanti, Persiapkan diri menghadap Ilahai, Berikanlah segala apa yg disisi, Kerana syurga bakal menanti


Untuk Mu Islam Yang Ku Cintai !!!

Disediakan Oleh :
Muhamad Taufiq bin Md Ali
Ketua Lajnah Ekonomi BKPPPM sesi 2016/2017


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963