LAPORAN HARI KELUARGA BKPPPM | OLYMPIC '20



LAPORAN HARI KELUARGA 2020 BKPPPM (OLYMPIC`20)


 16 FEBUARI 2020, KAHERAH –  Program Hari Keluarga yang diberi nama Our Lovely Family in Precious Moments (OLYMPIC’20) telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula daripada 11 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2020 dengan bertemakan When there is UNITY, There is always VICTORY bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah.

   Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM di Mesir, mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara ahli pengajian Islam dan sains perubatan serta membina kasih kekeluargaan dalam kalangan ahli BKPPPM.

   
   OLYMPIC`20 telah membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu daurah Kitab Makhzan Al-Jawahir Fi Solatil Musafir yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin, Fasilitator Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2019/2020. Daurah ini berlansung selama tiga hari bermula dari 11 Februari sehingga 13 Februari 2020. Seterusnya pada malam 11 Februari,telah diadakan majlis perasmian OLYMPIC`20 bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Malik Bin Che Haat, Pegawai Atase Pendidikan Kedah.

   Pada 12 Februari jam 7:30 malam, berlangsungnya slot self-defense dengan nama Fight For Your Pride yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Yusran Azim, Koordinator Bendahari Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MGB). Kemudian pada 13 Februari jam 2:00 petang telah diadakan aktiviti indoor bagi akhawat dan di sebelah malam pula pada jam 7:30 malam telah berlangsung slot Fiqh Perubatan yang disampaikan oleh Dr.Abdul Fattah Bin Abdul Ghafar, Doktor Pelatih Hospital Syed Galal.

   Seterusnya pada 14 Februari jam 8:00 pagi telah diadakan aktiviti indoor bagi ikhwah. Aktiviti diteruskan lagi pada 15 Februari dengan aktiviti outdoor bertempat di Stadium Abbasiyyah, Kaherah bermula jam 7:30 pagi sehingga 11:30 tengah hari bagi akhawat kemudian disambung pada jam 11:30 sehingga jam 3:30 petang bagi ikhwah.

   

   Pada hari terakhir OLYMPIC`20, telah diadakan slot Unit Bait Muslim yang dinamai Aku Ingin Mengenalimu dikendalikan sendiri oleh pasangan UBM BKPPPM iaitu Ust Faqrurrozi Bin Abdullah dan isterinya Ustazah Fauziah Binti Abd Rahman. Program OLYMPIC`20 diakhiri dengan majlis penutup yang berlangsung pada jam 7:30 malam bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang dengan ucapan penutup daripada Timbalan Pengarah OLYMPIC`20 dan Naib Pengerusi HEWI BKPPPM 2019/2020. Kemudian, majlis disempurnakan dengan penyampaian hadiah dan persembahan daripada ikhwah seterusnya diakhiri dengan tayangan video sepanjang program OLYMPIC`20.


   Diharapkan dengan penganjuran Hari Keluarga OLYMPIC`20 ini dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah dalam kalangan ahli serta melahirkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.




“ Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan “
“ Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah “


Disediakan oleh,
                   
                        t.t
 .......................................................
(NUR NADIAH AHZA BINTI ZAIDI)

Timbalan Pengarah OLYMPIC`20,
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963