MINDA PIMPINAN | VALENTINE'S DAY BUKAN BUDAYA ISLAM



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ,
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ

Segala puji bagi Allah, doa dan keselamatan semoga terlimpah keatas nabi dan rasul , juga  atas keluarga dan para sahabat, serta kepada yang mengikuti mereka dalam kebenaran sampai hari kiamat.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina ,(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. 
[Al-Isra' : 32]

Darsawarsa ini kita lihat, budaya menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day ini kebiasaannya disambut pada tarikh 14 Februari semakin rancak dinormalisasikan dalam masyarakat kita khususnya kepada golongan belia. Restoran-restoran dan pusat-pusat membeli belah pula semakin asyik mempromosikan perniagaan mereka dengan ‘menggulakan’ pelanggan terutamanya pasangan kekasih yang belum sah bernikah untuk bersama meraikan sambutan ini.


  • ANTARA SEBAB ISLAM MELARANG MENYAMBUT HARI KEKASIH

1. Memesongkan Akidah umat Islam
Islam tidak pernah mengiktiraf Hari Kekasih atau Valentine’s Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan dosa dan zina serta melanggar perintah Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 57:

“Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.”

2. Menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir.
Sesungguhnya menyambut Hari Kekasih ini merupakan satu perbuatan yang meniru golongan kafir.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” 
(HR. Ahmad)

Mahukah kita digolongkan dengan kaum Kafir walhal kita lahir dimuliakan dengan Islam?


3. Valentine's Day punca kepada berlakunya maksiat dan zina.

 • 6 faktor yang menyumbang ke arah perzinaan:

1.Pandang-pandang
2.Senyum
3.Memberi salam
4.Membuat temu janji
5.Berjumpa
6.Berzina

Hal ini sedemikian, wajiblah untuk kita jauhi dan perkara ini amat ditegah di dalam syariat agama islam.   

4. Pembaziran masa, wang dan usia.
Berlakunya pembaziran bilamana membeli sesuatu utk menyambut hari tersebut sedangkan menyambut Hari Kekasih adalah haram disisi syarak.

Maka jelaslah disini tidak ada manfaat bagi kita untuk menyambut Hari Kekasih . Bukan sahaja ia meruntun Aqidah umat Islam, bahkan ia mempromosikan zina yang jelas haram dalam Islam. Telah Allah tetapkan syariat dan hukumnya di dalam Al-Quran, kenapa masih mahu memilih jalan yang jauh menyimpang dari-Nya?

Oleh itu, saya menyeru kepada semua Mahasiswa Islam untuk sama-sama kita semua menolak sambutan hari kekasih agar kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah.

Ayuh pelihara biah solehah !

Wallahu'alam.

Nurun Najihah Binti Mohd Nasri
(Timbalan Lajnah Perumahan BKPPPM Sesi 2019/2020)

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

"BKPPPM_KeluargaKita"
"Bersama_Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL