Ekonomi Sistematik Menjana Kesatuan


Pembawaan TEMA HEWI PMRAM pada sesi ini adalah “Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah”.Tema tersebut masih diteruskan berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Kekuatan ekonomi merupakan tunjang dalam sesebuah persatuan. Hal ini amat bertepatan dengan subtopik tema HEWI PMRAM 'Ekonomi Sistematik Menjana Kesatuan'.Apabila tahap ekonomi mantap akan mudahlah sesebuah persatuan untuk bergerak lebih aktif.


Oleh itu, dalam merealisasikan hadaf tersebut Unit Ekonomi HEWI PMRAM telah menyusun beberapa pelan tindakan dalam usaha untuk menjayakannya.


Diantaranya mempertingkatkan produk-produk jualan PMRAM, mempromosikan barangan PMRAM melalui website, blog dan cawangan-cawangan PMRAM yang ada.


Disamping itu, Unit Ekonomi HEWI PMRAM juga mengambil inisiatif dengan membuka gerai jualan barangan PMRAM di program-program mega PMRAM seperti Program Kutub Sittah Siri ke 3 yang sedang berlangsung pada ketika ini, serta mengambil tender bazar dalam setiap program mega PMRAM dan PMRAM cawangan mengikut kemampuan.


Selain itu, kedai HEWI PMRAM merupakan medium penting dalam melaksanakan urusan jual beli.

Konsep ‘layan diri’ yang dijalankan adalah berdasarkan etika gerak kerja yang telah ditetapkan oleh PMRAM.


Firman Allah Taala: "وأحل الله البيع وحرم الربى"

“Padahal Allah Taala telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba..”

Bertepatan dengan ayat di atas, PMRAM pada tahun 2008 telah mengadakan satu projek iaitu sistem Mudharabah. Dalam sistem ini, untung rugi akan ditanggung bersama.


Oleh yang demikian, pada sesi ini, projek usahasama ini masih diteruskan lagi melihat kepada hasil yang memberangsangkan.


PMRAM yang dikenali sebagai satu-satunya persatuan induk dibumi Mesir dan merupakan sebuah persatuan kebajikan amat memerlukan kedudukan ekonomi yang teguh.

Justeru, semua perancangan yang disusun dan diatur ini tidak akan terlaksana tanpa ada komitmen sokongan serta dokongan seluruh ahli PMRAM.

Sumber : hewipmram55.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963